Di Kesempatan Ini, Cikgu Chomel mengucapkan banyak-banyak Terima Kasih kerana memberikan ucapan "Selamat Hari Guru" kepada keluarga tercinta iaitu Mak, Bapa, Adik Nisa, Adik Pqah Dan Usu Opah serta rakan yang jauh diperantauan iaitu Cdah... Terharu sangat kerana rasa betul-betul dihargai.. Walaupun belum lagi seratus peratus menjadi seorang pendidik tetapi akibat daripada sokongan padu mereka terhadap Cikgu Chomel mereka hadiahkan juga ucapan ikhlas dari hati.. In shaa Allah, semoga Cikgu Chomel terus menjadi bakal pendidik yang mampu melahirkan generasi yang gemilang...
Tidak lupa juga kepada barisan guru-guru serta pensyarah yang mendidik Cikgu Chomel hingga kini iaitu sejak dari bangku tadika sehinggalah di IPG ini... "SELAMAT HARI GURU" Cikgu Chomel mendoakan yang terbaik di dunia dan di akhirat buat kalian semua... Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.. Amin...
No comments:
Post a Comment