Wednesday, 15 May 2013

Cikgu Chomel : Apa Yang Seorang Guru Perlu Tahu???



Murid-murid dilahirkan dalam keadaan yang berbeza. Justeru setiap guru perlu memahami perbezaan dalam kalangan muridnya. Personaliti yang dimiliki setiap murid-murid juga membezakan murid tersebut dengan yang lain. Hal ini perlu diketahui oleh guru untuk memahami ragam murid-muridnya. Pembelajaran pula merupakan perubahan ke atas murid-murid hasil daripada pengalaman. Jika seorang guru tersebut tidak memahami personaliti muridnya, maka akan wujudlah masalah untuk menangani muridnya sekaligus akan bertindak dengan menggunakan kekerasan  seperti memukul, mencubit, menampar dan sebagainya. Hal ini sepatutnya tidak timbul kerana semua guru telah dilengkapi dengan pelbagai ilmu pedagogi dan indragogi. Persoalannya, kenapakah guru tersebut tidak mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada? Adakah mereka terpaksa menjadi guru? Adakah mereka tidak mampu mengawal emosi? Pertanyaan sebegini sepatutnya tidak perlu wujud.

Menurut kajian yang telah Cikgu Chomel lakukan :


Menurut pandangan Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:

“Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment”

Manakala menurut pandangan Henson dan Eller (1999), dalam bukunya “Educational Psychology for Effective Teaching”, pula menerangkan bahawa perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang, contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah, contohnya seperti takut melakukan kesilapan dan takut bertanya.

Daripada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan dan dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, contohnya dari segi intelek, emosi dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Secara umum, perbezaan individu merujuk kepada variasi antara individu, iaitu apa yang menjadikan kita unik dan berlainan. Walaupun ada persamaan dari segi jantina, agama atau minat namun anda berdua berbeza dari segi fizikal, emosi, intelek, dan sebagainya. Aspek perbezaan individu adalah penting dalam bidang psikologi akademik dan profesional termasuk psikologi pendidikan, perkembangan, klinikal, silang budaya dan sebagainya. 

Pendekatan psikologi Barat telah membuat beberapa andaian mengenai perbezaan individu seperti yang berikut :
Ø  Manusia berbeza dari segi atribut psikologi
Ø  Perbezaan individu boleh diukur dan dikaji
Ø  Perbezaan individu amat berguna untuk menerangkan dan meramal tingkahlaku dan pencapaian

Sejak dahulu lagi, perbezaan manusia telah diklasifikasikan seperti di bawah :

Jantina
Misalnya, pemburu untuk kaum lelaki dan suri rumah tangga untuk kaum perempuan.
Kecerdasan
Untuk golongan kasta, kelas dan tahap pendidikan.
Personaliti
Misalnya, pengkhususan pekerjaan di mana guru mempunyai sifat mudah didampingi manakala polis bersifat garang dan sebagainya.

Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat.

Kesimpulannya, seorang guru perlu tahu bahawa kenapa setiap murid-murid adalah berbeza sikapnya? Maka, gunakanlah akal fikiran dan pengalaman sedia ada untuk menangani murid-murid yang tersayang.

No comments:

Post a Comment