Wednesday 12 August 2015

SK KIDURONG, MISI BARU CIKGU CHOMEL!

Kini, Cikgu Chomel telah ditugaskan di SK Kidurong Bintulu. Sebuah sekolah yang terletak di Bintulu, Sarawak. Cikgu Chomel meletakkan satu misi baru untuk sekolah ini. InsyAllah, Segala ilmu akan dicurahkan dan dipraktikkan di dalam dunia pendidikan sebenar...

Monday 21 October 2013

Cikgu Chomel : Perkembangan Kanak-anak Dari Segi Kognitif.


SK. Banjar telah ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai sekolah Bantuan penuh kerajaan. Seramai 50 orang guru termasuk pentadbir dan 614 orang murid di SK. Banjar. Murid-muridnya tergolong daripada pelbagai kaum dan agama. Berdasarkan pemerhatian, saya telah memilih aspek perkembangan intelek untuk dibuat kajian ke atas murid-murid di sekolah ini.
Secara ilmiah, istilah intelek ataupun kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti kemampuan berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan intelek dan kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Kebanyakan murid-murid di SK. Banjar berasal daripada keluarga yang susah. Namun begitu, pendidikan mereka tidak diketepikan oleh ibu bapa mereka. Hal ini kerana ibu bapa mereka sedar akan kepentingan ilmu dan pendidikan anak-anak mereka dan tanpa pendidikan, kehidupan mereka tidak akan berubah. Berdasarkan pemerhatian, kita boleh katakan bahawa murid-murid di SK. Banjar adalah di peringkat operasi konkrit dan operasi formal kerana berumur 7 tahun hingga 12 tahun.  Melalui pemahaman saya terhadap aspek prkembangan ini, di peringkat operasi konkrit iaitu berumur 7 tahun hingga 11 tahun, murid-murid di SK. Banjar sepatutnya mempunyai kebolehan untuk berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit serta mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Namun begitu, daripada penglihatan saya ada sesetengah murid-murid di SK. Banjar belum menguasai kebolehan tersebut. Kelas di sekolah ini dibahagikan kepada 4 iaitu Bestari, Jauhari, Intelek dan Wawasan bagi setiap Tahun 1 hingga Tahun 6. Kita boleh rumuskan bahawa murid-murid daripada Kelas Bestari adalah kelas yang bijak dan pintar manakala Kelas Wawasan adalah kelas yang lemah dan mempunyai banyak masalah. Dan Kelas Jauhari dan Intelek adalah yang sederhana.
Selepas dibuat pemerhatian dan kajian, saya mendapati bahawa ada beberapa perkara yang telah mempengaruhi perkembangan intelek murid-murid di SK. Banjar iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Proses pemikiran dan perkembangan intelek telah dipengaruhi oleh faktor baka dan genetik. Saya boleh katakan di sini bahawa murid-murid daripada Kelas Bestari mempunyai baka dan genetik yang baik iaitu daripada keluarga yang berintelektual dan pintar berbanding dengan murid-murid daripada Kelas Wawasan. Seterusnya, murid-murid Kelas Wawasan kurang berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Hal ini telah mempengaruhi kemahiran mereka untuk meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Kemudian mereka juga kurang bergaul dengan orang lain sekaligus mempunyai kelemahan di dalam interaksi dan cara mereka berkomunikasi adalah kurang berkesan. Tambahan lagi, murid-murid daripada Kelas Wawasan sukar untuk mengadaptasi situasi-situasi yang baru dialami.

Namun begitu, saya berharap guru-guru di SK. Banjar haruslah memberikan perhatian yang lebih kepada murid-murid daripada Kelas Wawasan agar mereka boleh memantapkan kebolehan dan kemahiran mereka untuk berfikir secara logik dan mempunyai hubungan yang erat dengan orang lain selain daripada keluarga mereka sendiri. Melalui kajian juga, murid-murid pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan (conservation). Di dalam konsep ini, murid-murid perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ‘compensation (ganti rugi) dan prinsip keterbalikan. Penguasaan ketiga-tiga prinsip ini  akan menjadikan murid-murid tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya digubah, perubahan pada satu segi dan mengulang proses yang berlaku secara mental. Berdasarkan pemerhatian saya juga, murid-murid daripada Kelas Bestari mampu menguasai ketiga-tiga prinsip ini dengan baik namun murid-murid Kelas Wawasan adalah sebaliknya. Mereka lebih suka bermain daripada menumpukan perhatian kepada apa yang diarahkan oleh guru mereka dan seolah-olah mereka tidak mempunyai minat untuk belajar.
Segelintir daripada murid-murid Kelas Wawasan juga tidak mampu untuk mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Saya telah menyuruh murid-murid daripada Kelas Wawasan untuk mengelaskan kumpulan haiwan  mengikut gambar yang telah diberikan namun mereka gagal untuk berbuat demikian. Dan cara mengatasi masalah ini, saya telah menyedarkan murid-murid kelas tersebut dengan menggunakan alat bantu mengajar iaitu dengan penggunaan bahan visual dan muzik. Dengan kreativiti yang ada dan cara saya yang tersendiri, murid-murid Kelas Wawasan mulai minat untuk belajar
Namun begitu, kedua-dua murid-murid daripada Kelas Bestari dan Kelas Wawasan Tahun 1 hingga 4 tidak boleh membuat hipotesis dengan mudah dan mencari jalan penyelesaian kepada soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang melibatkan penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks. Hal ini kerana tahap pemikiran dan intetektual hanya tersekat kepada kebolehan berfikir secara logik dan umum.  Berbeza pula kepada murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 iaitu pada peringkat operasi formal, sebahagian daripada mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.






Melalui pemerhatian saya juga, murid-murid Tahun 5 dan 6 daripada Kelas Bestari mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah abstrak yang saya berikan iaitu eksperimen dalam mencambahkan biji benih malah mereka juga dapat membuat hipotesis dengan mudah melalui eksperimen tersebut. Saya percaya sebab itulah mata pelajaran Sains dilaksanakan dan diajarkan di sekolah kerana ingin memantapkan dan mengasah kebolehan mereka dalan menyelesaikan masalah-masalah abstrak dan membuat hipotesis dengan mudah. Namun ada segelintir murid-murid daripada Kelas Wawasan Tahun 5 dan 6 tidak mampu menyelesaikan masalah yang diberikan malah tidak mampu untuk berfikir secara logik seperti menyelesaikan masalah-masalah matematik. Pada pandangan saya juga, masalah ini harus diselesaikan dengan segera kerana egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini dan ianya berlainan dengan egosentrik pra operasi. Dan pada peringkat ini juga mereka sukar untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Guru-guru harus menitikberatkan hal ini kerana tanpa berbuat demikian, nasi akan menjadi bubur kerana apabila mereka memasuki ke tahap seterusnya iaitu ke Sekolah Menengah, mereka akan rasa bertambah sukar dan stress kerana pendidikan semakin meningkat mengikut tahap dan peringkat. Maka kita sebagai guru haruslah memainkan peranan jika kita menginginkan anak-anak murid kita semuanya berjaya serta mampu menguasai semua kemahiran dan kebolehan. Untuk kajian yang lebih mendalam terhadap aspek perkembangan intelek, saya telah membuat pemerhatian terhadap 2 orang murid daripada Kelas Bestari dan Kelas Wawasan Tahun 4 dan 2 orang murid daripada kelas Bestari dan Kelas Wawasan Tahun 6.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT
BIODATA MURID B TAHUN 4
NAMA
NURUL ASMIRA ABD. LATIP
UMUR
1O TAHUN
KELAS
4 BESTARI
ALAMAT
KG. KAURAN, KENINGAU
PEKERJAAN BAPA
PEMANDU TEKSI
PEKERJAAN IBU
SURIRUMAH
HOBI
MELAYARI INTERNET
CITA-CITA
GURU



BIODATA MURID A TAHUN 4
NAMA
ROSNAINI BINTI SUDI
UMUR
10 TAHUN
KELAS
4 WAWASAN
ALAMAT
KG. KAURAN, KENINGAU
PEKERJAAN BAPA
BURUH
PEKERJAAN IBU
SURIRUMAH
HOBI
MENYANYI
CITA-CITA
GURU



PERINGKAT OPERASI FORMAL
BIODATA MURID A TAHUN 6
NAMA
ROSLIADI BIN DAUD
UMUR
12 TAHUN
KELAS
6 BESTARI
ALAMAT
KG. DUROK, KENINGAU
PEKERJAAN BAPA
GURU
PEKERJAAN IBU
SURIRUMAH
HOBI
MEMBACA BUKU
CITA-CITA
DOKTOR
NO. TELEFON
011 9047424 / 0198932515

BIODATA MURID B TAHUN 6
NAMA
MOHD SYAFIEE SARUDDIN
UMUR
12 TAHUN
KELAS
6 WAWASAN
ALAMAT
KG. DUROK, KENINGAU
PEKERJAAN BAPA
MEKANIK
PEKERJAAN IBU
SURIRUMAH
HOBI
BERMAIN BOLE SEPAK
CITA-CITA
SAINTIS
NO. TELEFON




Melalui pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan, adik Rosliadi lebih pintar dan bijak berbanding adik Syafiee. Hal ini kerana melalui faktor baka dan keturunan, bapa Rosliadi adalah seorang guru manakala bapa Syafiee hanya seorang mekanik. Cara didikan dan persekitaran juga berbeza. Bapa Syafiee hanya mampu menyekolahkan Syafiee berbanding bapa Rosliadi yang menghantar anaknya ke kelas tuesyen sekaligus sebagai alaternatif lain untuk memberikan anaknya pendidikan yang secukupnya dan tidak hanya mengharapkan pendidikan di sekolah. Hal ini telah mempengaruhi kebolehan dan kemahiran Rosliadi berbanding dengan Syafiee yang hanya boleh berfikir secara logik dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah abstrak dengan mudah. Tambahan lagi, pada masa lapang, Syafiee lebih suka untuk bermain bola sepak untuk mengisi masa lapang. Akan tetapi Rosliadi lebih suka membaca buku dan membuat aktiviti yang berfaedah pada masa lapang sekaligus mempengaruhi cara dia berfikir dan lebih matang berbanding dengan Syafiee. Seterusnya, adik Asmira mampu berfikir secara logik berbanding dengan adik Rosnaini seperti kemahiran memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Walaupun Asmira hanya anak kepada seorang pemandu teksi tetapi dengan dorongan dan sokongan daripada keluarganya, Asmira menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya malah dia ingin mengubah nasib keluarganya berbanding dengan Rosnaini yang lebih suka berkeliaran di kawasan sekolah semasa ketiadaan guru di kelas. Saya berpendapat bahawa murid seperti Rosnaini perlu diberi perhatian yang khusus dan cuba untuk memasuki dunianya agar kita tahu akan kehendak sebenar adik Rosnaini. Saya percaya menjalinkan hubungan yang erat kepada murid bermasalah seperti ini amat perlu dan rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya dapat menarik perhatian mereka untuk lebih minat belajar.
Kesimpulannya, perkembangan intelek murid-murid memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran murid-murid. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran murid-murid yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Guru-guru harus menitikberatkan kepada aspek perkembangan intelek agar murid-murid tidak ketinggalan kerana tanpa ada perkembangan ini mereka tidak boleh mengadaptasi dan memanipulasi situasi yang sedang mereka alami.

Cikgu Chomel : Menangani Masalah Kepimpinan Dengan Pentadbir Sekolah.

Secara amnya, kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan ke arah pencapaian matlamat organisasi. Pemimpin sesuatu organisasi pendidikan selalu dikatakan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku serta kepimpinannya akan menetapkan hala tuju organisasi dan kepentingan pendidikan pada pelajar. Walau bagaimanapun, seseorang pemimpin tidak dapat mengelakkan diri daripada isu-isu yang wujud dalam kepimpinan kerana kita sedar bahawa di dunia ini ‘tiada seorang insan yang sempurna’.
      Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Tetapi kita perlu ingat bahawa, kepimpinan dalam pendidikan adalah unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana melibatkan menguruskan insan dari pelbagai umur yang berlainan pada sesuatu masa. David M. Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi.
      Setiap kejayaan biasanya perlu melalui pelbagai cabaran dan kepimpinan dalam pendidikan tidak lari daripada kenyataan ini kerana disebabkan kemajmukan masyarakat Malaysia, pelbagai isu-isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang timbul. Mengikut Ishak bin Sin (2002), kejayaan syarikat-syarikat dan juga sekolah-sekolah berkenaan sama ada di Barat atau di Malaysia telah mendorong penyelidik-penyelidik untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang berupaya mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan serta berjaya membuat perubahan-perubahan besar.
      Sebagai seorang guru yang berpengalaman di sekolah, saya telah menghadapi beberapa masalah mengenai kepimpinan semasa berurusan dengan pihak pentadbir sekolah dan cuba mencari modus operandi yang sesuai untuk menanganinya. Antaranya ialah

a)    Keselamatan
            Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kejadian yang tidak diingini ke atas pelajar, contohnya, kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan. Berlaku juga kes-kes guru diugut oleh ibu bapa pelajar yang tidak puas hati dengan cara anak mereka dilayan. Kalau dahulu rotan merupakan satu cara untuk mendidik pelajar, tetapi sekarang rotan merupakan satu jalan untuk guru disaman. Isu ini merupakan cabaran utama kepada pemimpin sekolah kerana ketika ingin mendidik generasi muda, pada masa yang sama masalah ini menjadi kekangan.

b)    Penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan.
            Masalah penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur sekolah telah berlaku agak lama. Isu-isu seperti keruntuhan makmal komputer, keretakan bangunan sekolah, keruntuhan atap bilik darjah dan sebagainya jelas menunjukkan bahawa berlaku penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur. Masalah ini tidak boleh dipandang rendah kerana melibatkan soal nyawa pelajar serta guru dan ini menyebabkan pemimpin sekolah mengorbankan masa yang banyak dalam proses pembangunan yang berlaku di kawasan sekolah.

c)    Disiplin
            Perselisihan faham antara guru dalam melaksanakan aktiviti sering berlaku. Ini mungkin berlaku apabila komunikasi antara bahagian kurang berlaku dan saling menuding jari apabila wujudnya sesuatu masalah. Masalah disiplin orang bawahan kebiasaannya selalu dikaitkan dengan keretakan rumah tangga ataupun masalah-masalah keluarga. Tekanan emosi akibat daripada masalah di rumah akan terbawa ke tempat kerja dan seterusnya mengganggu kebolehan guru tersebut untuk bekerja. Selain daripada itu, faktor lain yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan orang bawahan ialah tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Peningkatan harga minyak dunia meningkatkan harga barangan harian tetapi pada masa yang sama gaji tidak bertambah dan terpaksa menampung ibu bapa, isteri dan juga perbelanjaan anak-anak.

d)    Tanggungjawab
            Terdapat dalam kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ini berlaku apabila guru tersebut mengajar kelas tambahan di luar dan mendapat pendapatan yang lumayan dan dengan itu pengajaran di sekolah tidak di titik beratkan.

e)    Arahan ketua
            Masalah ini timbul apabila guru tidak menghormati pemimpin sekolah disebabkan isu peribadi ataupun tidak selesa dengan kepimpinan di sesebuah sekolah. Selain itu, tahap pendidikan guru mungkin lebih tinggi daripada pemimpin sekolah dan ini menyebabkan mereka tidak menghormati pemimpin mereka dengan anggapan mereka lebih bagus.
            Isu-isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan pendidik di sesebuah sekolah malah, juga kepada golongan pelajar, seperti yang diucapkan oleh Abdullah Ahmad Badawi (2004), dalam isu-isu kepimpinan, pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk memberi kepimpinan bermoral kepada anggota masing-masing. Motto kepimpinan melalui teladan yang dilahirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad masih relevan dan terpakai. Kata bidalan “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari” juga masih berkaitan dan bermakna dalam membentuk mahasiswa masa kini.

            Untuk menangani masalah-masalah ini, perkara yang paling penting yang saya              pastikan adalah setiap program berjalan seperti yang dirancang, tidak kira program itu kecil         ataupun besar. Saya juga memberikan kesedaran kepada semua guru bahawa jika boleh    ketika melakukan tugas, kita perlu memahami objektif utama dan membuat perancangan awal     untuk mencapai objektif, mempunyai orang bawahannya yang komited untuk mengharungi cabaran bersama dan saling bantu membantu dalam menangani cabaran.
            Selain daripada itu, secara fakta untuk menyelesaikan isu-isu kepimpinan yang saya     hadapi ini, Azamri Husin (2007) dan Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid         (2006)             menyatakan bahawa dalam menyelesaikan sesuatu isu, pemimpin boleh menggunakan          pendekatan gaya kepimpinan seperti :

                      i.        Penaklukan(Domination) Mengutamakan kepentingan diri dan mengetepikan hak-hak orang dan kumpulan lain.
                     ii.        Bekerjasama(Collaboration) Mencapai kepentingan diri dan kepentingan orang lain secara penyelesaian bersama.
                    iii.        Penjauhan(Aroidance) Mengenepikan konflik.
                   iv.        Mengalah(Accomodation) Mengutamakan kepada orang lain.
                    v.        BertolakAnsur(Compromise) Mencapai kepentingan diri dan kepentingan kumpulan secara sederhana.
                   vi.        Komunikasi : Komunikasi adalah suatu alat, aktiviti, strategi dan proses dalam pengurusan organisasi pendidikan pendidikan. Terdapat enam gaya komunikasi dalam membantu pihak pengurusan sekolah mencapai kecemerlangan iaitu :-

ü  Gaya Kawalan
           Komunikasi yang berbentuk satu hala iaitu arahan, tuntutan dan tindakan perlu dipatuhi oleh orang lain. Komunikator (pemimpin) menggunakan kuasa untuk mendapatkan persetujuan.

ü  Gaya Equalitarian
           Komunikasi yang bercorak dua hala dengan menggerakkan pendapat orang ramai secara bebas. Menekankan suasana persefahaman dan kemesraan.


ü  Gaya Structuring
           Orientasi komunikasi adalah terhadap pembinaan peraturan dan memperkukuhkannya. Komunikator (pemimpin) mempengaruhi orang lain dengan cara menggunakan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

ü  Gaya Dynamic
           Komunikator (pemimpin) bercakap perkara-perkara yang penting secara jujur dan berterus terang.

ü  Gaya Relinquish
                                   Komunikator (pemimpin) sering setuju dengan pendapatan pandangan                            orang lain. Secara tidak langsung pemimpin dapat mengalih tanggungjawab                               dan mengambil peranan sebagai pembantu sahaja.

Untuk membolehkan seorang pemimpin menjalankan tugas serta   mengendalikan isu-isu pada masa yang sama, beliau juga perlu mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai cara untuk mempengaruhi orang bawahan boleh digunakan, terpulang kepada jenis individu yang perlu dihadapi pada             sesuatu masa (Sajoli MD, 2007). Hazman Bin Dolah (2008) , Bashid (2008) dan Ahmad Safwan Mohamad, 2007 mengemukakan beberapa taktik yang boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain dalam organisasi oleh pemimpin, iaitu :

Ø  Taktik pujukan rasional penggunaan hujah yang logik dan mempunyai bukti-bukti nyata semasa memujuk orang bawahan digunakan dalam melaksanakan sesuatu. Akan tetapi taktik ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai sifat yang jujur dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

Ø  Taktik daya tarikan inspirasi pula merupakan satu taktik mempengaruhi orang bawahan dengan cara membangkitkan semangat dan emosi. Taktik ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi dan berkebolehan menggunakan metafora serta dengan gaya dan gerak geri yang menarik.


Ø  Taktik perundingan pula seseorang pemimpin itu memberi peluang atau mengajak orang bawahan memberi pendapat, pandangan, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai sesuatu objektif. Taktik ini menjadi lebih berkesan jika pemimpin mempunyai kebolehan mendengar yang tinggi serta boleh memujuk orang bawahan.

Ø  Pemimpin yang menggunakan tahap hubungan setia kawan yang baik dengan orang bawahan untuk memujuk orang bawahan melaksanakan tugas adalah pemimpin yang menggunakan taktik daya tarikan peribadi. Taktik ini berkesan jika hubungan pemimpin dengan pengikut akrab dan pengikut takjub kepada pemimpin.

Ø  Pemimpin yang menggunakan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan melaksanakan tugas pula dikatakan telah menggunakan taktik gabungan. Namun taktik gabungan ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai ramai orang berpengaruh.

Ø  Taktik mendapatkan simpati pula berkaitan dengan taktik berbuat baik sambil merayu. Biasanya taktik ini dilaksanakan melalui orang ketiga hingga menyebabkan orang bawahan berasa mereka dihargai dan paling layak untuk melaksanakan sesuatu tugas. Taktik ini berkesan jika orang bawahan mengamati pemimpin mereka adalah jujur.

Ø  Taktik pertukaran pula menggunakan ganjaran untuk mempengaruhi. Itu pun jika bawahan berasa ganjaran adalah penting kepada mereka. Taktik ini berkesan jika pemimpin benar-benar memiliki ganjaran yang mereka perlukan.

Ø  Jika pemimpin itu menggunakan kedudukan, peraturan dan tradisi organisasi untuk mempengaruhi orang bawahan melaksanakan tugas, itu bermakna pemimpin tersebut menggunakan taktik sah. Taktik ini berkesan jika pemimpin mempunyai autoriti formal.

Ø  Jika semua taktik ini gagal, gunakanlah taktik terakhir iaitu taktik tekanan. Ini merupakan ancaman, ugutan dan amaran daripada pemimpin semasa mengarah bawahan melaksanakan tugas.

                        Secara peribadi, kepemimpinan selalunya dikaitkan dengan proses seseorang    mempengaruhi orang lain supaya mengikutnya untuk melaksanakan tugas-tugas organisasi       agar matlamat organisasi tercapai. Dalam erti kata lain kepemimpinan sebagai contoh adalah            proses seorang ketua kapal di laut menguruskan dan mengarah anak kapalnya agar kapal    yang dinaiki itu tidak tenggelam serta sampai ke destinasi yang selamat walaupun pada satu   ketika terpaksa mengharungi lautan bergelora mahupun ribut. Hal ini hanya berlaku sekiranya             ketua kapal tersebut mampu memastikan anak kapalnya mendengar arahan serta        menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja sebagai satu kumpulan.
                        Di samping itu, mengikut Ishak Bin Sin (2002) kepimpinan ini juga bererti seorang itu     perlulah sanggup menanggung risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi            kepala dalam misi yang berbahaya dan sama-sama merasa kepayahan yang dialami orang-        orang bawahan, (Riket, W. J.,2004). Tindakan seperti ini membangkitkan semangat orang        bawahan untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan, bukan sahaja untuk organisasi,    tetapi juga sebagai petunjuk bahawa mereka menyenangi pemimpin mereka. Perbincangan          dua hala merupakan salah satu cara menjana pemikiran orang bawahnya dalam             menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul serta berupaya untuk meyakinkan orang bawahan tentang betapa perlunya orang-orang bawahan bekerja sebagai satu pasukan dan           bukan secara individu untuk mencapai matlamat organisasi. Malah, pemimpin juga perlu          sering berusaha untuk mempertingkatkan tahap keperluan dan kebolehan orang bawahnya supaya lebih bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas organisasi ke peringkat          maksimum walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.