Ada seorang budak lelaki yang
buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau
memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya
buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping
duit syiling dalam topi.
Tiba – tiba ada seorang lelaki
sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit
syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian
mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan.
Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui
tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu
mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu.
Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang
untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta
tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa
yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang
kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh
melihat.”
Adakah
anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda
tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama
hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka
begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih
berkesan?
“Dan Dialah jua yang
mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]
No comments:
Post a Comment