Monday, 27 May 2013

Cikgu Chomel : Kisah Yang Amat Menarik.. "Kanak-kanak Lelaki Buta"


Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Cikgu Chomel : Murid-murid Bermasalah. Salah Guru Atau Persekitaran?

             Satu lagi masalah atau fenomena yang sering berlaku di negara kita iaitu murid-murid darjah 4 hingga tingkatan 3 masih lagi tidak dapat mengenal huruf ABC apatah lagi membaca malah selalu membuat masalah dari segi tingkah laku di sekolah. Namun begitu, hal ini mungkin sesetengah orang melihatnya bukan menjadi satu masalah besar kepada mereka tetapi melalui sudut perspektif Cikgu Comel sendiri, perkara ini amatlah parah. Persoalannya sekarang, apakah puncanya murid boleh bermasalah? Adakah kesan daripada persekitaran atau salah guru yang tidak pandai mendidik? 

             Isu ini tidak dapat dikupas hanya sekadar melalui mulut sahaja, kita perlu mengkaji dari pelbagai aspek dari sudut fakta, pandangan ahli falsafah, sejarah, soal selidik dan sebagainya sebelum membuat apa-apa kesimpulan.  


Monday, 20 May 2013

Cikgu Chomel : Panduan Tersemat Di Hati Seorang Guru.

Sebagai seorang guru yang telah dilengkapi dengan pelbagai jenis pedagogi dan indragogi serta pengalaman yang pelbagai, Cikgu Chomel percaya bahawa mereka tahu akan apa panduan yang perlu disematkan dalam hati.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

- Falsafah Pendidikan Kebagsaan -


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN                                                                                                                                                                                                                                                                            - - Rukun Negara -   
 
 
 

Thursday, 16 May 2013

Cikgu Chomel : Terharu..!


Cikgu Chomel : Sajak Yang Memberi 1001 Satu Makna Yang Tersirat..

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




     Sajak ini telah dideklamasikan oleh adik Joefandy untuk Majlis Hari Guru hari ini di SK Ansip, Keningau, Sabah. Sungguh menyentuh jiwa dan akhirnya sebak di dada telah mengeluarkan air mata yang berlinangan di ruang pipi. Dengan penuh perasaan dan semangat membuatkan diri semakin sedar bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang guru. Tanpa guru, siapalah kita. begitu juga dengan diri ini, tanpa mereka, tidak mampu untuk berlayar bersama mereka di dalam sebuah perahu besar yang berada di lautan iaitu profesion perguruan. Selain pengorbanan, cabaran dan rintangan turut menduga. Jika rapuh semangat jiwa, jika rabak tekad di dada, tidak mampu bertahan sampai bila-bila. In Shaa Allah.. Di sudut hati ini akan cuba memikul segala tanggungjawab yang telah diberikan sehingga badan dikandung tanah,
     Kepada semua guruku iaitu di Tadika Perpaduan Nurul Huda, Sarikei, Sarawak (1997-1998), SK Methodist Anglo Chinese, Sarikei, Sarawak (1999-2003), SMK Bandar Sarikei, Sarikei, Sarawak (2004-2008), dan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. (2009-kini),


"SELAMAT HARI GURU DAN AMPUN MAAF DIPINTA "
Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda

dan tidak lupa kepada Ibubapaku, Puan Nergis Binti Jaffar dan Encik Muhammad Marzidi Bin Ahmad yang banyak berkorban. Terima Kasih diucapkan. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya.. Amin..

Wednesday, 15 May 2013

Cerita Yang Sangat Menyentuh Jiwa : "Bekas NASI GORENG Amira"....


Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..


Sumber :  https://www.facebook.com/WowberitaOfficial

Cikgu Chomel : Khas Untuk Semua Teman Maya...


Cikgu Chomel : Bahan Bantu Mengajar



Word Of The Day

"A good teacher has his moments of indecision.. While you may be utterlyi lost in your thoughts over whether you truly giving them your best answer.. In front of the students, you must be resolute and confident in your teaching so that they never realise your uncertainty.. That's all the more reason why the teaching profession is so cool.." 
 

Cikgu Chomel DIhargai.. =(


Pertama kali menitiskan air mata di depan anak-anak murid tersayang. Terima Kasih kerana menghargai keberadaan Cikgu Chomel di sini.. Cikgu Chomel doakan kamu semua berjaya dan mencapai cita-cita yang diingini serta menjadi orang yang berguna...


Daripada Anak Murid Cikgu Chomel..


Cikgu Chomel : Apa Yang Seorang Guru Perlu Tahu???



Murid-murid dilahirkan dalam keadaan yang berbeza. Justeru setiap guru perlu memahami perbezaan dalam kalangan muridnya. Personaliti yang dimiliki setiap murid-murid juga membezakan murid tersebut dengan yang lain. Hal ini perlu diketahui oleh guru untuk memahami ragam murid-muridnya. Pembelajaran pula merupakan perubahan ke atas murid-murid hasil daripada pengalaman. Jika seorang guru tersebut tidak memahami personaliti muridnya, maka akan wujudlah masalah untuk menangani muridnya sekaligus akan bertindak dengan menggunakan kekerasan  seperti memukul, mencubit, menampar dan sebagainya. Hal ini sepatutnya tidak timbul kerana semua guru telah dilengkapi dengan pelbagai ilmu pedagogi dan indragogi. Persoalannya, kenapakah guru tersebut tidak mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada? Adakah mereka terpaksa menjadi guru? Adakah mereka tidak mampu mengawal emosi? Pertanyaan sebegini sepatutnya tidak perlu wujud.

Menurut kajian yang telah Cikgu Chomel lakukan :


Menurut pandangan Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:

“Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment”

Manakala menurut pandangan Henson dan Eller (1999), dalam bukunya “Educational Psychology for Effective Teaching”, pula menerangkan bahawa perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang, contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah, contohnya seperti takut melakukan kesilapan dan takut bertanya.

Daripada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan dan dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, contohnya dari segi intelek, emosi dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Secara umum, perbezaan individu merujuk kepada variasi antara individu, iaitu apa yang menjadikan kita unik dan berlainan. Walaupun ada persamaan dari segi jantina, agama atau minat namun anda berdua berbeza dari segi fizikal, emosi, intelek, dan sebagainya. Aspek perbezaan individu adalah penting dalam bidang psikologi akademik dan profesional termasuk psikologi pendidikan, perkembangan, klinikal, silang budaya dan sebagainya. 

Pendekatan psikologi Barat telah membuat beberapa andaian mengenai perbezaan individu seperti yang berikut :
Ø  Manusia berbeza dari segi atribut psikologi
Ø  Perbezaan individu boleh diukur dan dikaji
Ø  Perbezaan individu amat berguna untuk menerangkan dan meramal tingkahlaku dan pencapaian

Sejak dahulu lagi, perbezaan manusia telah diklasifikasikan seperti di bawah :

Jantina
Misalnya, pemburu untuk kaum lelaki dan suri rumah tangga untuk kaum perempuan.
Kecerdasan
Untuk golongan kasta, kelas dan tahap pendidikan.
Personaliti
Misalnya, pengkhususan pekerjaan di mana guru mempunyai sifat mudah didampingi manakala polis bersifat garang dan sebagainya.

Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat.

Kesimpulannya, seorang guru perlu tahu bahawa kenapa setiap murid-murid adalah berbeza sikapnya? Maka, gunakanlah akal fikiran dan pengalaman sedia ada untuk menangani murid-murid yang tersayang.