Setiap
manusia akan terdedah dengan masalah dan cabaran dan itu adalah perkara
biasa. Kecil atau besar sesuatu masalah, keduanya memerlukan kita untuk mencari
jalan penyelesaian yang terbaik. Oleh itu, seseorang itu perlu mengkorelasikan
pengalaman sedia ada ataupun merujuk kepada sumber lain berkenaan dengan
masalah yang mereka hadapi. Sumber ini boleh berbentuk arahan bertulis,
pendapat, konsultansi, pemerhatian secara tidak langsung, refleksi kendiri dan
sebagainya. Sama ada senang ataupun rumit, hal ini melibatkan proses
sosialisasi dan memerlukan individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung untuk merujuk kepada tanggungjawab sosial mereka.
Sebelum perbincangan ini
dilanjutkan, terlebih dahulu definisi bagi proses sosialisasi dan tanggungjawab
sosial akan dihuraikan secara ringkas. Sosialisasi merupakan proses
seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang
dipunyai oleh keluarga atau masyarakat bagi membentuk personalitinya yang
tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Dalam konteks sekolah,
seorang guru akan sedar dan tahu tanggungjawabnya dalam mendidik anak muridnya.
Seorang murid pula sedar peranannya untuk tekun belajar demi mencapai harapan
guru serta ibu bapanya. Proses sosialisasi sebenarnya membantu kita untuk
menyedari apa yang patut dan tidak patut untuk dilakukan.
Proses sosialisasi dimulakan dari
lingkungan keluarga atau kelompok yang berada di sekitar kehidupannya.Melalui
Proses sosialisai, seseorang itu boleh dibentuk menjadi seorang yang tahu dan
memahami bagaimana seseorang itu menjalankan hak-hak dan kwajiban berdasarkan
peranan-peranan yang dimilikinya.
Menurut Peter Berger, proses sosialisasi
adalah suatu proses di mana seorang anak belajar menjadi seseorang anggota yang
berprestasi dalam masyarakat. Manakala menurut Charlotte Buhler pula, ia adalah
proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana
cara hidup dan berfikir kelompoknya agar dia dapat berfungsi dalam kelompok.
Menurut Koentjaraningrat pula,
proses sosialisasi adalah merupakan proses belajar yang dialami individu sejak
masa kanak-kanak sampai masa tuanya. Ia belajar tentang pola-pola tindakan dalam
interaksi dengan segala macam individu sekeliling yang mengembangkan aneka
peranan sosial yang ada dalam kehidupan sehari-hari.
Manakala Charlotte Buhler mendefinisikan
proses sosialisasi sebagai satu proses
yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara
hidup dan berpikir kelompoknya agar dia dapat berperanan dan berfungsi dalam
kelompoknya. Konsep tanggungjawab sosial pula sinonim dengan dunia
perniagaan namun intinya boleh diasimilasikan dalam konteks kehidupan seharian
atau proses manusia bersosial.
Tambahan
lagi, Richard L. Daft turut mendefinisikan tanggungjawab
sosial korporat sebagai "kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk
membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan
kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi".
Dalam kata lain, tanggungjawab sosial merujuk kepada tindakan yang perlu
diambil untuk membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat.
Terdapat beberapa teori mengenai
bagaimana manusia belajar dan menanggapi perkara yang berlaku di sekeliling
mereka. Salah satu daripadanya ialah Teori Permodelan Bandura yang secara
ringkasnya menyatakan bahawa manusia belajar melalui pemerhatian dan peniruan
terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka (Haliza Hamzah et al. 2008).
Tuntasnya,
penulis berpendapat bahawa Proses sosialisasi ini akan terjadi pada
setiap individu dalam masyarakat. Oleh itu, nilai, sikap dan kemahiran yang
dipelajari tidak akan hilang selagi proses ini berlaku. Contohnya seorang anak
akan mewarisi apa yang dipelajari daripada ibu bapanya dan seterusnya bila
sudah berkeluarga, mereka pula akan mengajar anak-anak mereka. Oleh itu, nilai,
idea atau pola tingkah laku tidak akan hilang walaupun setelah beberapa
generasi berlaku. Ia akan terus kekal dan secara tidak lansung menyatukan
setiap individu menjadi satu masyarakat pada setiap generasi walaupun individu
di dalam masyarakat berkenaan silih berganti.
Tingkah laku yang diingini oleh masyarakat boleh dikekalkan sekiranya sosialisasi sentiasa berlaku antara generasi selain daripada menyatukan setiap individu di dalam masyarakat berkenaan. Tanpa sosialisasi individu tidak akan dapat berinteraksi atau bekerja antara satu sama lain selain daripada kurang kawalan diri. Sosialisasi boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar. Proses sosialisasi boleh berlaku dalam tiga jenis. Pertama ialah sosialisasi jenis primer iaitu permulaan. Sosialisasi ini kebiasaannya berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Sosialisasi primer berlaku hanya pada seseorang individu dan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya. Sebagai contoh sosialisasi primer boleh berlaku antara bayi dan ibu bapanya. Hubungan antara mereka adalah rapat dan dikira hubungan primer. Sosialisasi primer biasanya berlaku sepanjang kanak-kanak berkenaan berumur 1 – 5 tahun iaitu sepanjang kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah dan hanya berada dalam jagaan keluarga. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarga. Keluarga juga akan melengkapkan keperluan asas bayi berkenaan.
Sosialisasi akan sentiasa berlaku, selepas 5 tahun, kanak-kanak akan memulakan fasa persekolahan dan sebagainya, pada masa ini kanak-kanak akan melalui sosialisasi sekunder juga dikenali sebagai peringkat penyertaan. Peringkat ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak, ia juga berlaku kepada remaja dan individu dewasa. Pada peringkat sosialisasi sekunder, proses pengembangan konsep diri dan penerimaan konsep baru akan berlaku. Sepanjang proses ini berlaku akan ada perubahan dan penyesuaian yang terjadi kepada setiap individu. Pada peringkat ini, seseorang individu akan menyedari bahawa untuk diterima oleh masyarakat mereka perlu berkelakuan seperti yang diingini masyarakat dan juga bekerjasama dengan ahli masyarakat berkenaan.

Proses ini kebiasaannya terjadi apabila
berlaku interaksi antara individu dan individu lain yang bukan ahli keluarganya.
Sebagai contoh interaksi antara dua orang rakan sebaya di sekolah atau dua
orang pekerja di dalam satu syarikat yang sama. Interaksi sehala seperti
individu dan media massa juga adalah salah satu contoh sosialisasi sekunder.
Sosialisasi sekunder sering berlaku seiring dengan sosialisasi primer. Hal ini
kerana interaksi antara individu dan keluarga serta interaksi dengan bukan ahli
keluarga sentiasa berlaku sepanjang hidup seseorang individu berkenaan.
Peringkat ketiga sosialisasi ialah peringkat resosialisasi. Peringkat ini, tidak semestinya berlaku pada semua individu kerana ia melibatkan perubahan secara drastik atau individu berkenaan terpaksa mengalami perubahan. Resosialisasi terjadi apabila seseorang individu berkenaan mempelajari sesuatu norma baru apabila individu berkenaan menjadi ahli kepada satu kelompok masyarakat yang baru atau apabila kehidupan individu berkenaan berubah. Contohnya, perubahan hidup individu kerana trauma atau mengadaptasi di dalam suasana persekitaran yang baru. Resosialisasi memberikan individu peluang untuk mempelajari norma, kemahiran atau nilai yang baru, namun perkara baru yang dipelajari boleh bertentangan dengan nilai dan kemahiran yang dipelajari sebelum ini.

Setiap individu sudah pasti akan melalui
kesusahan dan kesenangan sepanjang melalui kehidupan ini. Namun begitu
kesusahan perlu dilalui sebelum memperoleh kesenangan. Cara bagi setiap
individu melalui kesusahan adalah berbeza, tetapi kesusahan akan lebih mudah
dilalui apabila dibantu oleh individu lain. Apabila seorang individu membantu
individu lain yang berada dalam kesusahan berlaku sosialisasi antara dua
individu berkenaan. Contohnya, seorang guru baru mengalami kesukaran untuk
mengajar suatu pengajaran kepada muridnya, sebagai seorang guru adalah menjadi
tanggungjawab untuk memastikan pelajar memahami apa yang disampaikan. Jesteru,
guru tersebut perlu mencari penyelesaian untuk memudahkan pelajar berkenaan
memahami mata pelajaran tersebut seperti meminta tunjuk ajar daripada guru yang
lebih berpengalaman atau guru pakar. Situasi ini menunjukkan resosialisasi
berlaku dengan guru baru tersebut dengan guru lama.
Pada pengalaman saya, saya pernah membantu
orang dalam kesusahan. Saya pernah membantu orang yang tertagih dengan pil
khayal pada tahun ini. Mohd Hazzlan (bukan nama sebenar), berumur 17 tahun dan
masih lagi belajar di Tingkatan 5. Hazlan berjumpa dengan penulis dan
memberitahu bahawa dia ingin belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak mampu
kerana dia sudah tertagih dengan pil khayal. Dia berurusan dengan penulis atas
dasar bahawa penulis adalah bakal guru dan mempunyai pendidikan. Dia
beranggapan bahawa penulis mampu untuk membantunya. Penulis mengambil ini
sebagai satu tanggungjawab untuk membantu individu yang berada di dalam
kesusahan. Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu, penulis mengambil alternatif
dengan menjalankan ujian personaliti terhadap Hazlan. Ternyata, Hazlan
betul-betul tertagih dengan satu pil khayal yang membolehkan dia lupa dan
memori yang tersimpan akan terpadam sedikit demi sedikit. Dia juga akan
bersikap agresif apabila tidak dapat menelan pil tersebut.Penulis juga
berkesempatan untuk menyiasat latar belakang Hazlan. Hazlan adalah berasal dari
keluarga yang porak-peranda dan ibu bapanya tidak mengambil endah tentang diri
dan persekolahan dia. Cara penulis untuk membantu Hazlan adalah memberikan
perhatian sepenuhnya kepada dia, menunjukkan rasa kasih sayang dan ambil berat,
membawa dia beriadah dan mengadakan kelas insentif kepadanya pada sebelah
malam. Langkah yang diambil oleh penulis ternyata berjaya dan Hazlan kini
bersedia untuk menghadapi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan
November ini.
Pengalaman seterusnya, penulis juga pernah membantu
seorang murid yang bernama Reynaldo Edullantes Junior ketika berpraktikum di SK
Jaya Baru, Keningau. Junior masih belajar di Tahun 6 dan bakal menghadapi Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Masalah yang dihadapi murid ini adalah suka
membuli, minat untuk belajar kurang dan tidak suka dengan peraturan sekolah.
Penulis amat tertarik dengan personaliti agresif murid tersebut dan menganggap
hal ini adalah tanggungjawab kepada penulis sebagai seorang guru kerana memang
tugas guru untuk membentuk nilai yang positif di dalam diri murid-murid.
Langkah yang pertama yang penulis ambil adalah berjumpa dengan guru kaunseling
dan meminta beliau berkongsi sedikit tentang tingkah laku dan masalah yang
telah dilakukan oleh Junior. Seterusnya penulis sempat menjalankan ujian personaliti
warna terhadapnya dan jawapannya adalah Jingga. Penulis juga berhubung dengan
kaunselor di Universiti Malaysia, Sabah, (nama dirahsiakan) untuk berkongsi
tentang masalah ini dan meminta pandangan daripada beliau. Sedikit demi sedikit
penulis cuba untuk membantu murid ini. Untuk pengetahuan juga, Junior memang
berniat untuk berhenti sekolah, namun keberadaan saya menyebabkan niatnya
terbatal dan hal ini kerana penulis sentiasa memberi perhatian dan perihatin
akan masalah yang dihadapinya. Akhirnya Junior berjaya menduduki UPSR dan
sekarang tengah menunggu keputusannya.
Secara peribadi juga, semasa kita membantu
orang dalam kesusahan, kita telah mengaitkan proses sosialisasi secara tidak
langsung. Tujuan proses sosialisasi adalah dapat memberikan kita keterampilan
dan pengetahuan yang diperlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan di
tengah-tengah masyarakat. Contohnya, dapat menyesuaikan diri dengan cuba untuk
memahami kehidupan masyarakat yang berada di persekitaran kita seperti jiran
tetangga atau rakan-rakan. Dalam
kes ini, proses sosialisasi berlangsung dalam medium masyarakat setempat dan
unsur kepercayaan antara satu sama lain telah wujud sekaligus memudahkan proses
individu untuk berinteraksi. Penulis merasakan bahawa seseorang perlu
menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk membantu individu yang terlibat.
Secara tidak langsung, kedua-dua pihak dapat memperbaiki dan mengasah kemahiran
bersosial disamping membantu dalam pembentukan ahli masyarakat yang saling
berinteraksi.
No comments:
Post a Comment