Dulu,
Guru
dipandang mulia dan dihormati
Ibarat lilin membakar diri
Mengajar anak-anak didiknya berdikari
Ibarat lilin membakar diri
Mengajar anak-anak didiknya berdikari
Bermandi
keringat dan tanpa rasa lali
Menabur
segala bakti
Tanpa mahu dipeduli
Tanpa mahu dipeduli
Kini,
Akibat
setitik nila rosak susu sebelangga
Guru-guru
dipandang hina
Guru
bersifat rakus dihasut syaitan durjana
Bekerja
hanya untuk duit semata
Anak–anak
didiknya dibiarkan begitu saja
Dan
hanyutlah mereka semua
Dulu,
Guru
berjanji setulus hati
Terpahat
di dalam diri
Agar
mendidik seperti mendaki puncak yang tinggi
Memapah
harapan yang telah diberi
Dan
tidak akan dimungkiri
Tetapi
kini,
Guru
hanya sekadar nama,
Ada
yang sudah lupa
Apakah
tanggungjawab mereka?
Patutkah
mereka dipuja?
Tepuk
dada tanyalah selera
Oh
Guru,
Sedarlah
dan bangkitlah
Kau
harus setiasa cekal dan tabah
Setiap
kesilapan akan membawa padah
Dan
segala urusan bukannya mudah
Ayuh, bersedialah dan
jangan berasa gundah
No comments:
Post a Comment