Secara amnya, kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi,
memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju
untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan ke arah
pencapaian matlamat organisasi. Pemimpin sesuatu organisasi pendidikan selalu
dikatakan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang
berlaku serta kepimpinannya akan menetapkan hala tuju organisasi dan
kepentingan pendidikan pada pelajar. Walau bagaimanapun, seseorang pemimpin
tidak dapat mengelakkan diri daripada isu-isu yang wujud dalam kepimpinan
kerana kita sedar bahawa di dunia ini ‘tiada seorang insan yang sempurna’.
Kepimpinan merupakan
kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di
seluruh dunia. Tetapi kita perlu ingat bahawa, kepimpinan dalam pendidikan
adalah unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana melibatkan menguruskan
insan dari pelbagai umur yang berlainan pada sesuatu masa. David M. Traversi
(2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan antara sesebuah
organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan
yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh
pemimpin dalam sesuatu organisasi.
Setiap kejayaan
biasanya perlu melalui pelbagai cabaran dan kepimpinan dalam pendidikan tidak
lari daripada kenyataan ini kerana disebabkan kemajmukan masyarakat Malaysia,
pelbagai isu-isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia.
Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian
untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang
timbul. Mengikut Ishak bin Sin (2002), kejayaan syarikat-syarikat dan juga
sekolah-sekolah berkenaan sama ada di Barat atau di Malaysia telah mendorong
penyelidik-penyelidik untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang berupaya
mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan serta berjaya membuat
perubahan-perubahan besar.
Sebagai seorang guru
yang berpengalaman di sekolah, saya telah menghadapi beberapa masalah mengenai
kepimpinan semasa berurusan dengan pihak pentadbir sekolah dan cuba mencari
modus operandi yang sesuai untuk menanganinya. Antaranya ialah
a)
Keselamatan
Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari
ini apabila meningkatnya kejadian yang tidak diingini ke atas pelajar,
contohnya, kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar
adalah sangat membimbangkan. Berlaku juga kes-kes guru diugut oleh ibu bapa
pelajar yang tidak puas hati dengan cara anak mereka dilayan. Kalau dahulu
rotan merupakan satu cara untuk mendidik pelajar, tetapi sekarang rotan
merupakan satu jalan untuk guru disaman. Isu ini merupakan cabaran utama kepada
pemimpin sekolah kerana ketika ingin mendidik generasi muda, pada masa yang
sama masalah ini menjadi kekangan.
b)
Penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan.
Masalah penyelewengan dalam
pembangunan infrastruktur sekolah telah berlaku agak lama. Isu-isu seperti
keruntuhan makmal komputer, keretakan bangunan sekolah, keruntuhan atap bilik
darjah dan sebagainya jelas menunjukkan bahawa berlaku penyelewengan dalam
pembangunan infrastruktur. Masalah ini tidak boleh dipandang rendah kerana
melibatkan soal nyawa pelajar serta guru dan ini menyebabkan pemimpin sekolah
mengorbankan masa yang banyak dalam proses pembangunan yang berlaku di kawasan
sekolah.
c)
Disiplin
Perselisihan faham antara guru dalam
melaksanakan aktiviti sering berlaku. Ini mungkin berlaku apabila komunikasi
antara bahagian kurang berlaku dan saling menuding jari apabila wujudnya
sesuatu masalah. Masalah disiplin orang bawahan kebiasaannya selalu dikaitkan
dengan keretakan rumah tangga ataupun masalah-masalah keluarga. Tekanan emosi
akibat daripada masalah di rumah akan terbawa ke tempat kerja dan seterusnya
mengganggu kebolehan guru tersebut untuk bekerja. Selain daripada itu, faktor lain
yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan orang bawahan ialah
tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Peningkatan harga minyak dunia
meningkatkan harga barangan harian tetapi pada masa yang sama gaji tidak
bertambah dan terpaksa menampung ibu bapa, isteri dan juga perbelanjaan
anak-anak.
d)
Tanggungjawab
Terdapat dalam
kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ini
berlaku apabila guru tersebut mengajar kelas tambahan di luar dan mendapat
pendapatan yang lumayan dan dengan itu pengajaran di sekolah tidak di titik
beratkan.
e)
Arahan ketua
Masalah ini
timbul apabila guru tidak menghormati pemimpin sekolah disebabkan isu peribadi
ataupun tidak selesa dengan kepimpinan di sesebuah sekolah. Selain itu, tahap
pendidikan guru mungkin lebih tinggi daripada pemimpin sekolah dan ini menyebabkan
mereka tidak menghormati pemimpin mereka dengan anggapan mereka lebih bagus.
Isu-isu ini bukan
sahaja memberi kesan kepada golongan pendidik di sesebuah sekolah malah, juga
kepada golongan pelajar, seperti yang diucapkan oleh Abdullah Ahmad Badawi
(2004), dalam isu-isu kepimpinan, pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk
memberi kepimpinan bermoral kepada anggota masing-masing. Motto kepimpinan
melalui teladan yang dilahirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad masih relevan dan
terpakai. Kata bidalan “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari” juga
masih berkaitan dan bermakna dalam membentuk mahasiswa masa kini.
Untuk menangani masalah-masalah ini,
perkara yang paling penting yang saya pastikan adalah setiap program
berjalan seperti yang dirancang, tidak kira program itu kecil ataupun besar. Saya juga memberikan
kesedaran kepada semua guru bahawa jika boleh ketika
melakukan tugas, kita perlu memahami objektif utama dan membuat perancangan
awal untuk mencapai objektif,
mempunyai orang bawahannya yang komited untuk mengharungi cabaran bersama dan saling bantu membantu dalam
menangani cabaran.
Selain daripada itu, secara fakta untuk
menyelesaikan isu-isu kepimpinan yang saya hadapi
ini, Azamri Husin (2007) dan Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid (2006) menyatakan
bahawa dalam menyelesaikan sesuatu isu, pemimpin boleh menggunakan pendekatan gaya kepimpinan seperti :
i.
Penaklukan(Domination) Mengutamakan kepentingan diri dan
mengetepikan hak-hak orang dan kumpulan lain.
ii.
Bekerjasama(Collaboration) Mencapai kepentingan diri dan
kepentingan orang lain secara penyelesaian bersama.
iii.
Penjauhan(Aroidance) Mengenepikan konflik.
iv.
Mengalah(Accomodation) Mengutamakan kepada orang lain.
v.
BertolakAnsur(Compromise) Mencapai kepentingan diri dan kepentingan
kumpulan secara sederhana.
vi.
Komunikasi : Komunikasi adalah suatu alat, aktiviti, strategi dan
proses dalam pengurusan organisasi pendidikan pendidikan. Terdapat enam gaya
komunikasi dalam membantu pihak pengurusan sekolah mencapai kecemerlangan iaitu
:-
ü Gaya Kawalan
Komunikasi yang berbentuk satu hala iaitu arahan, tuntutan
dan tindakan perlu dipatuhi oleh orang lain. Komunikator (pemimpin) menggunakan
kuasa untuk mendapatkan persetujuan.
ü Gaya Equalitarian
Komunikasi yang bercorak dua hala dengan menggerakkan pendapat
orang ramai secara bebas. Menekankan suasana persefahaman dan kemesraan.
ü Gaya Structuring
Orientasi komunikasi adalah terhadap pembinaan peraturan dan
memperkukuhkannya. Komunikator (pemimpin) mempengaruhi orang lain dengan cara
menggunakan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
ü Gaya Dynamic
Komunikator (pemimpin) bercakap perkara-perkara yang penting
secara jujur dan berterus terang.
ü Gaya Relinquish
Komunikator
(pemimpin) sering setuju dengan pendapatan pandangan orang
lain. Secara tidak langsung pemimpin dapat mengalih tanggungjawab dan mengambil
peranan sebagai pembantu sahaja.
Untuk membolehkan seorang
pemimpin menjalankan tugas serta mengendalikan
isu-isu pada masa yang sama, beliau juga perlu mempunyai kebolehan untuk
mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai cara untuk mempengaruhi orang bawahan
boleh digunakan, terpulang kepada jenis individu yang perlu dihadapi pada sesuatu masa (Sajoli MD, 2007).
Hazman Bin Dolah (2008) , Bashid (2008) dan Ahmad Safwan Mohamad, 2007
mengemukakan beberapa taktik yang boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain
dalam organisasi oleh pemimpin, iaitu :
Ø
Taktik pujukan rasional penggunaan hujah yang logik dan mempunyai
bukti-bukti nyata semasa memujuk orang bawahan digunakan dalam melaksanakan
sesuatu. Akan tetapi taktik ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai sifat
yang jujur dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi.
Ø
Taktik daya tarikan inspirasi pula merupakan satu taktik
mempengaruhi orang bawahan dengan cara membangkitkan semangat dan emosi. Taktik
ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
berkomunikasi dan berkebolehan menggunakan metafora serta dengan gaya dan gerak
geri yang menarik.
Ø
Taktik perundingan pula seseorang pemimpin itu memberi peluang
atau mengajak orang bawahan memberi pendapat, pandangan, kaedah dan cara-cara
melaksanakan sesuatu untuk mencapai sesuatu objektif. Taktik ini menjadi lebih
berkesan jika pemimpin mempunyai kebolehan mendengar yang tinggi serta boleh
memujuk orang bawahan.
Ø
Pemimpin yang menggunakan tahap hubungan setia kawan yang baik
dengan orang bawahan untuk memujuk orang bawahan melaksanakan tugas adalah
pemimpin yang menggunakan taktik daya tarikan peribadi. Taktik ini berkesan
jika hubungan pemimpin dengan pengikut akrab dan pengikut takjub kepada
pemimpin.
Ø
Pemimpin yang menggunakan orang lain untuk mempengaruhi orang
bawahan melaksanakan tugas pula dikatakan telah menggunakan taktik gabungan.
Namun taktik gabungan ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai ramai orang
berpengaruh.
Ø
Taktik mendapatkan simpati pula berkaitan dengan taktik berbuat
baik sambil merayu. Biasanya taktik ini dilaksanakan melalui orang ketiga hingga
menyebabkan orang bawahan berasa mereka dihargai dan paling layak untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Taktik ini berkesan jika orang bawahan mengamati pemimpin mereka
adalah jujur.
Ø
Taktik pertukaran pula menggunakan ganjaran untuk mempengaruhi.
Itu pun jika bawahan berasa ganjaran adalah penting kepada mereka. Taktik ini
berkesan jika pemimpin benar-benar memiliki ganjaran yang mereka perlukan.
Ø
Jika pemimpin itu menggunakan kedudukan, peraturan dan tradisi
organisasi untuk mempengaruhi orang bawahan melaksanakan tugas, itu bermakna
pemimpin tersebut menggunakan taktik sah. Taktik ini berkesan jika pemimpin
mempunyai autoriti formal.
Ø
Jika semua taktik ini gagal, gunakanlah taktik terakhir iaitu
taktik tekanan. Ini merupakan ancaman, ugutan dan amaran daripada pemimpin
semasa mengarah bawahan melaksanakan tugas.
Secara peribadi, kepemimpinan selalunya
dikaitkan dengan proses seseorang mempengaruhi
orang lain supaya mengikutnya untuk melaksanakan tugas-tugas organisasi agar matlamat organisasi tercapai. Dalam
erti kata lain kepemimpinan sebagai contoh adalah proses seorang ketua kapal di laut menguruskan dan
mengarah anak kapalnya agar kapal yang
dinaiki itu tidak tenggelam serta sampai ke destinasi yang selamat walaupun
pada satu ketika terpaksa mengharungi
lautan bergelora mahupun ribut. Hal ini hanya berlaku sekiranya ketua kapal tersebut mampu
memastikan anak kapalnya mendengar arahan serta menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja
sebagai satu kumpulan.
Di samping itu, mengikut Ishak Bin Sin (2002)
kepimpinan ini juga bererti seorang itu perlulah
sanggup menanggung risiko, demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi kepala dalam misi yang berbahaya dan
sama-sama merasa kepayahan yang dialami orang- orang
bawahan, (Riket, W. J.,2004). Tindakan seperti ini membangkitkan semangat orang
bawahan untuk melaksanakan tugas
dengan lebih berkesan, bukan sahaja untuk organisasi, tetapi juga sebagai petunjuk bahawa mereka menyenangi pemimpin
mereka. Perbincangan dua hala
merupakan salah satu cara menjana pemikiran orang bawahnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
timbul serta berupaya untuk meyakinkan orang bawahan
tentang betapa perlunya orang-orang bawahan bekerja sebagai satu pasukan dan bukan secara individu untuk mencapai
matlamat organisasi. Malah, pemimpin juga perlu sering berusaha untuk mempertingkatkan tahap keperluan dan
kebolehan orang bawahnya supaya lebih
bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas organisasi ke peringkat maksimum walaupun terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran.
No comments:
Post a Comment