SK. Banjar telah ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai sekolah
Bantuan penuh kerajaan. Seramai 50 orang guru termasuk pentadbir dan 614 orang
murid di SK. Banjar. Murid-muridnya tergolong daripada pelbagai kaum dan agama.
Berdasarkan pemerhatian, saya telah memilih aspek perkembangan intelek untuk
dibuat kajian ke atas murid-murid di sekolah ini.
Secara ilmiah, istilah intelek
ataupun kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti kemampuan
berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan
sebagainya. Pendekatan intelek dan kognitif merupakan pendekatan yang memberi
perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh
ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Kebanyakan
murid-murid di SK. Banjar berasal daripada keluarga yang susah. Namun begitu,
pendidikan mereka tidak diketepikan oleh ibu bapa mereka. Hal ini kerana ibu
bapa mereka sedar akan kepentingan ilmu dan pendidikan anak-anak mereka dan
tanpa pendidikan, kehidupan mereka tidak akan berubah. Berdasarkan pemerhatian,
kita boleh katakan bahawa murid-murid di SK. Banjar adalah di peringkat operasi
konkrit dan operasi formal kerana berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Melalui pemahaman saya terhadap aspek
prkembangan ini, di peringkat operasi konkrit iaitu berumur 7 tahun hingga 11
tahun, murid-murid di SK. Banjar sepatutnya mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang
konkrit serta mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan
menaakul. Namun begitu, daripada penglihatan saya ada sesetengah murid-murid di
SK. Banjar belum menguasai kebolehan tersebut. Kelas di sekolah ini dibahagikan
kepada 4 iaitu Bestari, Jauhari, Intelek dan Wawasan bagi setiap Tahun 1 hingga
Tahun 6. Kita boleh rumuskan bahawa murid-murid daripada Kelas Bestari adalah
kelas yang bijak dan pintar manakala Kelas Wawasan adalah kelas yang lemah dan
mempunyai banyak masalah. Dan Kelas Jauhari dan Intelek adalah yang sederhana.
Selepas
dibuat pemerhatian dan kajian, saya mendapati bahawa ada beberapa perkara yang
telah mempengaruhi perkembangan intelek murid-murid di SK. Banjar iaitu
kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial
dan keseimbangan. Proses pemikiran dan perkembangan intelek telah dipengaruhi
oleh faktor baka dan genetik. Saya boleh katakan di sini bahawa murid-murid
daripada Kelas Bestari mempunyai baka dan genetik yang baik iaitu daripada
keluarga yang berintelektual dan pintar berbanding dengan murid-murid daripada
Kelas Wawasan. Seterusnya, murid-murid Kelas Wawasan kurang berinteraksi dengan
persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Hal ini telah
mempengaruhi kemahiran mereka untuk meneroka, menguji, memerhati dan menyusun
maklumat yang didapati. Kemudian mereka juga kurang bergaul dengan orang lain
sekaligus mempunyai kelemahan di dalam interaksi dan cara mereka berkomunikasi
adalah kurang berkesan. Tambahan lagi, murid-murid daripada Kelas Wawasan sukar
untuk mengadaptasi situasi-situasi yang baru dialami.
Namun
begitu, saya berharap guru-guru di SK. Banjar haruslah memberikan perhatian
yang lebih kepada murid-murid daripada Kelas Wawasan agar mereka boleh
memantapkan kebolehan dan kemahiran mereka untuk berfikir secara logik dan
mempunyai hubungan yang erat dengan orang lain selain daripada keluarga mereka
sendiri. Melalui kajian juga, murid-murid pada peringkat ini sudah boleh
menguasai konsep pemuliharaan (conservation). Di dalam konsep ini, murid-murid
perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ‘compensation
(ganti rugi) dan prinsip keterbalikan. Penguasaan ketiga-tiga prinsip ini akan menjadikan murid-murid tahu sekiranya
tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah
sama walaupun bentuknya digubah, perubahan pada satu segi dan mengulang proses
yang berlaku secara mental. Berdasarkan pemerhatian saya juga, murid-murid
daripada Kelas Bestari mampu menguasai ketiga-tiga prinsip ini dengan baik
namun murid-murid Kelas Wawasan adalah sebaliknya. Mereka lebih suka bermain
daripada menumpukan perhatian kepada apa yang diarahkan oleh guru mereka dan seolah-olah
mereka tidak mempunyai minat untuk belajar.
Segelintir
daripada murid-murid Kelas Wawasan juga tidak mampu untuk mengklasifikasikan
objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Saya telah menyuruh
murid-murid daripada Kelas Wawasan untuk mengelaskan kumpulan haiwan mengikut gambar yang telah diberikan namun
mereka gagal untuk berbuat demikian. Dan cara mengatasi masalah ini, saya telah
menyedarkan murid-murid kelas tersebut dengan menggunakan alat bantu mengajar
iaitu dengan penggunaan bahan visual dan muzik. Dengan kreativiti yang ada dan
cara saya yang tersendiri, murid-murid Kelas Wawasan mulai minat untuk belajar
Namun
begitu, kedua-dua murid-murid daripada Kelas Bestari dan Kelas Wawasan Tahun 1
hingga 4 tidak boleh membuat hipotesis dengan mudah dan mencari jalan
penyelesaian kepada soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang melibatkan
penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks. Hal ini kerana tahap pemikiran
dan intetektual hanya tersekat kepada kebolehan berfikir secara logik dan
umum. Berbeza pula kepada murid-murid
Tahun 5 dan Tahun 6 iaitu pada peringkat operasi formal, sebahagian daripada
mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat
generalisasi terhadap masalah tersebut.
Melalui
pemerhatian saya juga, murid-murid Tahun 5 dan 6 daripada Kelas Bestari mampu
untuk menyelesaikan masalah-masalah abstrak yang saya berikan iaitu eksperimen
dalam mencambahkan biji benih malah mereka juga dapat membuat hipotesis dengan
mudah melalui eksperimen tersebut. Saya percaya sebab itulah mata pelajaran
Sains dilaksanakan dan diajarkan di sekolah kerana ingin memantapkan dan
mengasah kebolehan mereka dalan menyelesaikan masalah-masalah abstrak dan
membuat hipotesis dengan mudah. Namun ada segelintir murid-murid daripada Kelas
Wawasan Tahun 5 dan 6 tidak mampu menyelesaikan masalah yang diberikan malah
tidak mampu untuk berfikir secara logik seperti menyelesaikan masalah-masalah
matematik. Pada pandangan saya juga, masalah ini harus diselesaikan dengan
segera kerana egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini dan ianya berlainan
dengan egosentrik pra operasi. Dan pada peringkat ini juga mereka sukar untuk
menerima pandangan dan pendapat orang lain. Guru-guru harus menitikberatkan hal
ini kerana tanpa berbuat demikian, nasi akan menjadi bubur kerana apabila
mereka memasuki ke tahap seterusnya iaitu ke Sekolah Menengah, mereka akan rasa
bertambah sukar dan stress kerana pendidikan semakin meningkat mengikut tahap
dan peringkat. Maka kita sebagai guru haruslah memainkan peranan jika kita
menginginkan anak-anak murid kita semuanya berjaya serta mampu menguasai semua kemahiran
dan kebolehan. Untuk kajian yang lebih mendalam terhadap aspek perkembangan
intelek, saya telah membuat pemerhatian terhadap 2 orang murid daripada Kelas
Bestari dan Kelas Wawasan Tahun 4 dan 2 orang murid daripada kelas Bestari dan
Kelas Wawasan Tahun 6.
PERINGKAT
OPERASI KONKRIT
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
PERINGKAT
OPERASI FORMAL
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
|
Melalui
pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan, adik Rosliadi lebih pintar dan
bijak berbanding adik Syafiee. Hal ini kerana melalui faktor baka dan
keturunan, bapa Rosliadi adalah seorang guru manakala bapa Syafiee hanya
seorang mekanik. Cara didikan dan persekitaran juga berbeza. Bapa Syafiee hanya
mampu menyekolahkan Syafiee berbanding bapa Rosliadi yang menghantar anaknya ke
kelas tuesyen sekaligus sebagai alaternatif lain untuk memberikan anaknya
pendidikan yang secukupnya dan tidak hanya mengharapkan pendidikan di sekolah.
Hal ini telah mempengaruhi kebolehan dan kemahiran Rosliadi berbanding dengan
Syafiee yang hanya boleh berfikir secara logik dan tidak mampu untuk
menyelesaikan masalah-masalah abstrak dengan mudah. Tambahan lagi, pada masa
lapang, Syafiee lebih suka untuk bermain bola sepak untuk mengisi masa lapang.
Akan tetapi Rosliadi lebih suka membaca buku dan membuat aktiviti yang
berfaedah pada masa lapang sekaligus mempengaruhi cara dia berfikir dan lebih
matang berbanding dengan Syafiee. Seterusnya, adik Asmira mampu berfikir secara
logik berbanding dengan adik Rosnaini seperti kemahiran memanipulasi dan
menguji objek-objek yang diajar. Walaupun Asmira hanya anak kepada seorang
pemandu teksi tetapi dengan dorongan dan sokongan daripada keluarganya, Asmira
menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya malah dia ingin mengubah nasib
keluarganya berbanding dengan Rosnaini yang lebih suka berkeliaran di kawasan
sekolah semasa ketiadaan guru di kelas. Saya berpendapat bahawa murid seperti
Rosnaini perlu diberi perhatian yang khusus dan cuba untuk memasuki dunianya
agar kita tahu akan kehendak sebenar adik Rosnaini. Saya percaya menjalinkan
hubungan yang erat kepada murid bermasalah seperti ini amat perlu dan rancangan
pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya dapat menarik perhatian mereka
untuk lebih minat belajar.
Kesimpulannya,
perkembangan intelek murid-murid memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran
murid-murid. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran murid-murid yang berlaku
dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Guru-guru harus
menitikberatkan kepada aspek perkembangan intelek agar murid-murid tidak
ketinggalan kerana tanpa ada perkembangan ini mereka tidak boleh mengadaptasi
dan memanipulasi situasi yang sedang mereka alami.