Wednesday, 15 May 2013

Sekadar Pekongsian

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.





Pedoman

Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan...




Santapan Minda


Hiduplah Sesuka hatimu,
,
Sesungguhnya kamu pasti mati,
 
Cintai siapa saja yang kamu senangi, 

Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya,
 
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
 
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya...






Sekilas Pandang

" Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali ".

Cikgu Chomel : Mengenal Dunia Kanak-kanak Melalui Lukisan

 

       Lukisan di atas adalah dilukis oleh adik Jiuizen Bin Rosle yang sedang menuntut di Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Biah, Keningau. Jiuizen berumur 6 tahun dan kaum Bisaya serta beragama Islam. Bapa Jiuizen bernama Rosle Bin Rolando dan bekerja sebagai buruh kasar. Manakala nama ibu Jiuizen ialah Bilma Binti Doro. Jiuizen tidak tinggal bersama ibu bapanya kerana mereka bekerja di Kota Kinabalu. Jiuizen tinggal bersama mak ciknya yang bernama Lindang di Kampung Biah Tengah, Keningau iaitu 1 kilometer dari sekolah. Jiuizen memanggil mak ciknya sebagai Mami. Sejak berumur 1 tahun lagi Jiuizen tinggal bersama dengan mak ciknya. Lukisan yang dilukis oleh Jiuizen adalah bertajuk “Keluarga Saya”. Jiuizen telah disuruh untuk menggunakan pensel dan pensel warna untuk menghasilkan lukisannya kerana ingin melihat sejauh mana pencapaian Jiuizen di dalam membuat contengan dan pergerakan tangan. Ternyata, Jiuizen sudah mampu untuk membuat contengan terkawal dan mengawal pergerakan tangan semasa memegang pensel. Lukisan ini juga dihasilkan adalah ingin melihat sejauh mana Jiuizen dapat menyampaikan mesej tentang keluarganya. Menurut maminya, Jiuizen seorang budak yang sangat aktif dan degil. Dia hanya akan mendengar arahan jika menggunakan suara yang tinggi dan kekerasan. Bapa Jiuizen selalu balik melawatnya tetapi ibunya pula jarang balik berjumpa dengan Jiuizen. Jiuizen juga seorang anak tunggal. Maminya merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Lowenfeld (1975) mengatakan bahawa lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak seperti Jiuizen adalah bersifat luahan dan ekspresif. Jadi secara umumnya, lukisan Jiuizen ini sangat ceria kerana menggunakan pelbagai warna. Lukisannya juga banyak dipengaruhi oleh rupa geometri iaitu penggunaan segi tiga, segi empat, bulatan dan bentuk bintang serta membuktikan bahawa Jiuizen sudah mempu mengawal pergerakan tangan. Jiuizen juga melukis objek dengan saiz yang besar dan memenuhi ruang kertas lukisan. Ini menunjukkan bahawa dia seorang yang suka menonjolkan diri di kalangan kawan-kawannya yang lain. Jiuizen juga dapat membezakan jantina melalui lukisannya kerana dia tahu bahawa rambut lelaki adalah pendek dan rambut perempuan adalah panjang. Jiuizen telah melukis 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan iaitu bapa, ibu, Mami, kakak saudara, abang saudara dan Jiuizen sendiri. Jiuizen memberitahu kepada saya bahawa orang perempuan yang dilukisnya pada atas sebelah kiri kertas lukisan adalah kakak saudaranya manakala sebelahnya adalah abang saudaranya iaitu kedua-duanya adalah anak kepada Maminya. Lukisan lelaki yang seterusnya adalah bapanya dilukis bersebelahan dengan lukisan seorang lelaki yang bersaiz kecil iaitu Jiuizen sendiri. Jiuizen melukis ibunya di bahagian atas kepalanya bersebelahan dengan lukisan seorang perempuan iaitu Maminya(mak cik). Selain itu, dia juga melukis sebuah rumah dan sebatang pokok di tepinya serta mahatari yang masih terpancar. 3 bentuk hati, 2 kuntum bunga dan 2 bentuk bintang turut dilukis oleh Jiuizen di dalam lukisannya. Jika kita lihat lukisan Jiuizen ini memang berkait rapat dengan pengalaman dan latar belakangnya serta Piaget, seorang tokoh psikologi mengatakan bahawa sikap kanak-kanak dapat diterjemah daripada lukisan yang mereka hasilkan. Dan ini membuktikan bahawa kebanyakan tokoh-tokoh seni mengatakan bahawa lukisan sebagai alat dan medium komunikasi adalah benar. Contohnya, gambaran lukisan keadaan rumah dengan persekitaran yang ditumbuhi oleh bunga dan pokok adalah sememangnya lebih kurang dengan keadaan rumah Jiuizen sebenar. Kereta dengan asap keluar dari ekzoz mengambarkan kedudukan rumah Jiuizen yang terletak berhampiran dengan jalan raya. Namun, ia juga memberi mesej bahawa yang Jiuizen ingin dibawa bersiar-siar atau dia merasa terlalu terkongkong. Gambaran rumah menyokong andaian bahawa dia merasa terkongkong dan 2 bentuk bintang serta 3 bentuk hati memberikan gambaran yang dia rindukan keadaan lepas-bebas atau inginkan permainan sedemikian. Jiuizen juga jarang dibawa bersiar-siar oleh ibu bapanya kerana mereka tidak tinggal bersama dengan Jiuizen. Tambahan lagi, Jiuizen tinggal dengan mak ciknya iaitu seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja untuk menampung kedua-dua anaknya dan Jiuizen. 1 bentuk hati yang berada di antara bapanya dan Jiuizen menunjukkan bahawa hubungan yang rapat di antara mereka tetapi Jiuizen tidak suka dengan ibunya dan dapat dilihat dengan gambaran ibunya yang dilukis olehnya dengan keadaan rupa yang tidak berapa jelas malah diwarnakan dengan secara rawak dan terkeluar daripada garisan. Seterusnya, semua bentuk manusia yang dilukis oleh Jiuizen tiada telinga dan tidak terdapat sebarang perhiasan pada telinga tersebut. Gambaran itu menunjukkan yang Jiuizen sering terdedah kepada kata-kata kesat. Hal ini dibuktikan lagi bahawa Jiuizen seorang yang amat degil dan hanya akan mendengar arahan dengan kekerasan sekali gus membuktikan bahawa orang di sekelilingnya suka menggunakan bahasa yang kasar dan kesat. Seterusnya, mulut yang dilukis oleh Jiuizen digambarkan sebagai suatu garisan yang berbentuk “U” menunjukkan bahawa Jiuizen dapat berkomunikasi dengan berkesan secara lisan. Hal ini kerana apabila saya bertanyakan latar belakang kehidupan Jiuizen, dia memberikan jawapan yang sama seperti yang diberikan oleh mak ciknya. Mata yang dilukis sebagai bulatan kosong atau berbentuk biji kosong boleh memberi isyarat kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan yang sukar untuk memahami keadaan sebenar di sekelilingnya. Tambahan lagi, kehidupan Jiuizen memang agak rumit dan ini boleh mempengaruhi emosi Jiuizen. Sebab itulah Jiuizen seorang yang agak aktif dan agresif semasa di sekolah malah seolah-olah memberontak. Dan hal ini dibuktikan lagi dengan rupa yang dilukis meruncing seperti kaki runcing adalah menunjukkan kecenderungan terhadap tingkahlaku yang agressif. Seterusnya pemilihan warna juga dapat memberi maksud kepada emosi Jiuizen. Contohnya, warna merah pada kereta dan bentuk hati di dalam lukisan adalah memberikan isyarat kemarahan di dalam dirinya. Kadang-kala warna merah juga menunjukkan tekanan yang dialami oleh Jiuizen akibat rasa terkongkong, tidak bebas, terbatas oleh apa-apa faktor yang ada di dalam dirinya. Manakala warna biru dan hijau menunjukkan bahawa Jiuizen sukakan sesuatu yang tenang, contohnya warna hijau pada pokok dan biru pada 2 bentuk bintang. Di samping menghasilkan imej untuk berkomunikasi, Jiuizen menggunakan aktiviti melukis ini sebagai mencapai kepuasan diri. Melalui lukisan, Jiuizen dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina otot dengan pergerakan tangan serta membantu Jiuizen menajamkan daya intuisinya. Seterusnya, Jiuisen juga telah meningkatkan daya pengguasaan kendirinya kerana kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti Jiuizen. Konsep kendiri telah terbina apabila dia melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan dan estetika. Selain itu, saya juga telah menyuruh Jiuizen bercerita mengenai karyanya sekali gus telah membantunya untuk membina keyakinan diri untuk bertutur dan meningkatkan daya sensitiviti pacaindera. Menurut teori yang dikemukakan oleh tokoh Viktor Lowenfeld melalui teori perkembangan artistik, Jiuizen adalah berada pada peringkat praskematik (4 hingga 7 tahun) iaitu kanak-kanak berada pada peringkat permulaan untuk mencipta bentuk-bentuk yang terdapat disekelilingnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui lukisan Jiuizen sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengannya dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki serta lukisannya seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Lukisan Jiuizen juga banyak dipengaruhi oleh bentuk geometri. Seterusnya, Lowenfeld juga mengatakan bahawa tanda contengan pula mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah seperti figura manusia, pokok dan rumah seperti yang terdapat pada lukisan Jiuizen. Ia sememangnya boleh diketahui walaupun sukar untuk menentukannya. Kemudian tokoh ini juga menyatakan bahawa imej pertama yang dihasilkan adalah orang kerana ia adalah subjek yang berdekatan dengannya. Kepala dan kaki menjadi subjek terpenting kerana kepala digunakan untuk makan dan bercakap sementara kaki dan tangan bagi menunjukkan arah seperti yang terdapat pada lukisan Jiuizen. Dalam lukisannya, Jiuizen berada di tengah-tengah dan di kelilingi oleh bapanya, ibunya dan mak ciknya. Ini adalah teori perkembangan artistik yang dihadapi oleh Jiuizen sekarang. Manakala berdasarkan teori perkembangan kreativiti yang dinyatakan oleh Lowenfeld pula, perkembangan kreativiti Jiuizen dapat diukur melalui 4 komponen iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian, dan kepekaan. Dari segi kelancaran, adik Jiuizen telah menterjemahkan idea dan pendapatnya secara pantas dan spontan. Ini dapat dilihat apabila Jiuizen merupakan murid yang paling awal menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Pada peringkat ini juga, Jiuizen menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain iaitu lukisan yang dilukis adalah bertajuk “Keluarga Saya” tetapi Jiuizen juga telah melukis kereta, rumah, pokok dan sebagainya sekali gus menunjukkan bahawa mereka tinggal di rumah dan memiliki sebuah kereta serta terdapat sebuah pokok di luar rumah. Komponen seterusnya adalah fleksibel. Jiuizen mempamerkan semangat toleransi dan tolak ansurnya apabila terpaksa berkongsi sebiji pemadam dan sekotak pensel warna dengan 3 kawannya yang lain. Jiuizen juga mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan terhadap apa yang dia lakukan. Bagi komponen keaslian pula, Jiuizen melukis lukisannya tanpa ada sebarang peniruan dan dikawal dengan lukisan yang dilukis oleh gurunya pada papan putih di hadapan kelas. Idea Jiuizen adalah asli dan tidak konservatif serta mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. Guru Jiuizen juga memberitahu bahawa bapa Jiuizen seorang yang berisi dan berperut buncit. Jiuizen telah menterjemahkan pemikirannya tentang bentuk badan bapanya kepada bentuk visual yakni dapat dilihat pada lukisanya. Seterusnya adalah komponen kepekaan. Pada peringkat ini, Jiuizen dapat dilabelkan sebagai seorang yang mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuklah kepekaan Jiuizen terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pacaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod. Jiuizen telah berjaya menterjemahkan pengalamannya ke dalam bentuk lukisan. Kebolehan melukis seperti Jiuizen yang berumur 6 tahun jarang dimiliki oleh kanak-kanak yang lain. Adalah sebagai satu tanggungjawab bagi gurunya untuk mengembangkan bakat Jiuizen serta mendedahkann Jiuizen kepada proses-proses perkembangan kreativiti dan artistik agar dapat memupuk minatnya dalam bidang lukisan dan sebagainya. Kesimpulannya, penglibatan Jiuizen di dalam aktiviti sebegini berupaya memberikannya rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti Jiuizen dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti Jiuizen terhadap sekelilingnya. Pengalaman melalui penggunaan alat, media dan alat bantu juga telah mempengaruhi lukisan yang dilukis dengan imej-imej di sekelilingnya.

SELAMAT HARI GURU






Di Kesempatan Ini, Cikgu Chomel mengucapkan banyak-banyak Terima Kasih kerana memberikan ucapan "Selamat Hari Guru" kepada keluarga tercinta iaitu Mak, Bapa, Adik Nisa, Adik Pqah Dan Usu Opah serta rakan yang jauh diperantauan iaitu Cdah... Terharu sangat kerana rasa betul-betul dihargai.. Walaupun belum lagi seratus peratus menjadi seorang pendidik tetapi akibat daripada sokongan padu mereka terhadap Cikgu Chomel mereka hadiahkan juga ucapan ikhlas dari hati.. In shaa Allah, semoga Cikgu Chomel terus menjadi bakal pendidik yang mampu melahirkan generasi yang gemilang... 

Tidak lupa juga kepada barisan guru-guru serta pensyarah yang mendidik Cikgu Chomel hingga kini iaitu sejak dari bangku tadika sehinggalah di IPG ini... "SELAMAT HARI GURU"  Cikgu Chomel mendoakan yang terbaik di dunia dan di akhirat buat kalian semua... Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.. Amin...

Tuesday, 14 May 2013

TITIPAN DARI SAHABAT BUATKU..

MESRA YANG TIDAK LAGI MESRA

MASIH KU INGAT …….
TIKA KITA BERTEMU,DI ATAS LENTERA UKHUWAH ……
KAU HAMPARKAN PERMAIDANI SILATURAHIM ANTARA KITA……
SAAT ITU …
KESERASIAN TIDAK TERCIPTA BAHKAN KESANGSIAN YANG MENGHUNI SANUBARI BUKAN CURIGA TAPI BERHATI-HATI …
TAKUT POKOK YANG TUMBUH DI TEPI KAKI BUKIT DITIMBUS DEK TANAH RUNTUH …. NYATALAH KITA SERASI BERSAMA SELEPAS PURNAMA DEMI PURNAMA …..
KADANG KAU MENJADI PAYUNG YANG MELINDUNGI AKU DARI BASAH DEK HUJAN … KADANG AKU MENJADI POKOK YANG MENJADI TEMPUT KAU BERTEDUH DARI TERIK MENTARI SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT..
BEGITU JUA LAH KITA …
HANYA KERANA MESRA YANG WUJUD ANTARA KITA ..
AKU LUPAKAN KESAKITAN LIDAH YANG TERGIGIT ITU ..
NAMUN HARI DEMI HARI KIASAN BICARAMU KIAN MEMEDIHKAN ….
LENGGOK BADANMU KIAN MENYILAUKAN MATA HINGGA MATA MENJADI PEDIH … NAMUN TETAP JUA KAU TIDAK SEDARI YANG AKU SEDANG TERHIRIS DAN TERLUKA … MUNGKIN JUA KAU BUTA DEK MESRA YANG WUJUD..
'MUNGKIN JUA KAU PEKAK DEK MESRA YANG WUJUD ..
MUNGKIN JUA HANYA AKU YANG CELIK KERNA MESRA YANG KIAN LENYAP ..
MUNGKIN JUA HANYA AKU YANG PEKA KERNA MESRA YANG KIAN GHAIB …
 MAAF SAHABAT ..
BENTENG MESRA KIAN RUNTUH …
MAAF SAHABAT ..
 JAMBATAN MESRA HAMPIR BELAH DUA …
MAAF SAHABAT ..
JALAN YANG ADA KIAN BUNTU ..
MAAFKAN DIIR INI WAHAI SAHABAT …
MUNGKIN UZLAH ITU JAWAPAN YANG TERBAIK KEPADA MESRA YANG KIAN LENYAP .. MUNGKIN UZLAH ITU JUA YANG DAPAT MENUTUPI ROBEKAN YANG WUJUD DI RUANG MESRA MUNGKIN UZLAH ITU JUA LAH YANG MAMPU MELURUSKAN BENGKANG BENGKOK DI JALAN MESRA ..
 KINI MESRA YANG TIDAK LAGI MESRA …
IKHLAS BUKAN LAGI NAWAITU …
MESRA TIDAK MUNGKIN LAGI KEMBALI..
\MESRA TELAH HILANG DITELAN WAKTU …
BIARLAH WAKTU MENGAKHIRI SEGENAP MESRA ..
 KERANA MESRA YANG TIDAK LAGI MESRA ..

TUN MUJA