Monday, 21 October 2013

Cikgu Chomel : Inikah Guru?


Dulu,
Guru dipandang mulia dan dihormati
Ibarat lilin membakar diri
Mengajar anak-anak didiknya berdikari
Bermandi keringat dan tanpa rasa lali
Menabur segala bakti
Tanpa mahu dipeduli

Kini,
Akibat setitik nila rosak susu sebelangga
Guru-guru dipandang hina
Guru bersifat rakus dihasut syaitan durjana
Bekerja hanya untuk duit semata
Anak–anak didiknya dibiarkan begitu saja
Dan hanyutlah mereka semua

Dulu,
Guru berjanji setulus hati
Terpahat di dalam diri
Agar mendidik seperti mendaki puncak yang tinggi
Memapah harapan yang telah diberi
Dan tidak akan dimungkiri

Tetapi kini,
Guru hanya sekadar nama,
Ada yang sudah lupa
Apakah tanggungjawab mereka?
Patutkah mereka dipuja?
Tepuk dada tanyalah selera

Oh Guru,
Sedarlah dan bangkitlah
Kau harus setiasa cekal dan tabah
Setiap kesilapan akan membawa padah
Dan segala urusan bukannya mudah
Ayuh, bersedialah dan jangan berasa gundah

Cikgu Chomel Talked About Teenage Pregnancy.


Everyone always talk about something that is getting more and more neglected nowadays about teenage pregnancy. However, whether we think about the consequences of early pregnancy?
            Teen pregnancy is an important issue which needs to be addressed and dealt with in a constructive manner. Consequences of teenage pregnancy include health risks for the mother and the unborn baby. Teenage mothers are more likely to suffer from health, social and emotional problems if they are not taken care of properly. They also face a lot of medical complications like premature labor and emotional distress.
            Even tough there are less cases of teen pregnancy in recent times, the Malaysia still ranks at the number fifteen spot in teen pregnancy cases. Teen pregnancy was much higher in the 2009's because most of the young girls got married and had children before they turned 20. Most of the teen pregnancies happened in the 2009's were of married women, now the case is totally opposite where most of the teenage mothers are unwed and alone. A teenage girl can become pregnant due to a variety of reasons, which include long term dating relationships, casual dating and sometimes even rape. Teenage pregnancy is a result of voluntary or involuntary sexual activity. Teenagers think that they can avoid pregnancy with birth control measures but the only way to stop teen pregnancy is refraining from all sexual activities, until you are mature enough to understand what's right and wrong. It's always recommended to gather as much information on sex education to know more on the consequences of teenage pregnancy. It will affect the emotional, physical, and financial because the ealy pregnancy.
            A statistic shown that 80% of teenagers who become pregnant are unmarried and nearly five in ten teenage girls say, their first intercourse experience was involuntary or unwanted. More than 80% of unmarried teenage mothers survive on welfare most of their lives. Daughters and sons of teen mothers have a greater chance of ending up in jail as compared to their peers.
            Cikgu Chomel hope this consequences of teenage pregnancy, has broadened your vision and has made you aware of all the health, economic and social facts related to teen pregnancy. Parenting teenagers is a tough job especially to a teen mom, parents should deal with such situations with care and love to avoid further emotional damage to a teenage mother. I recommend, to all teens to refrain from any sexual activities unless you are old and mature enough to understand the responsibilities that come with it.

Sunday, 20 October 2013

Proses Sosialisasi Yang Dialami Oleh Cikgu Chomel


            Setiap manusia akan terdedah dengan masalah dan cabaran dan itu adalah perkara biasa. Kecil atau besar sesuatu masalah, keduanya memerlukan kita untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Oleh itu, seseorang itu perlu mengkorelasikan pengalaman sedia ada ataupun merujuk kepada sumber lain berkenaan dengan masalah yang mereka hadapi. Sumber ini boleh berbentuk arahan bertulis, pendapat, konsultansi, pemerhatian secara tidak langsung, refleksi kendiri dan sebagainya. Sama ada senang ataupun rumit, hal ini melibatkan proses sosialisasi dan memerlukan individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk merujuk kepada tanggungjawab sosial mereka. 
            Sebelum perbincangan ini dilanjutkan, terlebih dahulu definisi bagi proses sosialisasi dan tanggungjawab sosial akan dihuraikan secara ringkas. Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga atau masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Dalam konteks sekolah, seorang guru akan sedar dan tahu tanggungjawabnya dalam mendidik anak muridnya. Seorang murid pula sedar peranannya untuk tekun belajar demi mencapai harapan guru serta ibu bapanya. Proses sosialisasi sebenarnya membantu kita untuk menyedari apa yang patut dan tidak patut untuk dilakukan.
            Proses sosialisasi dimulakan dari lingkungan keluarga atau kelompok yang berada di sekitar kehidupannya.Melalui Proses sosialisai, seseorang itu boleh dibentuk menjadi seorang yang tahu dan memahami bagaimana seseorang itu menjalankan hak-hak dan kwajiban berdasarkan peranan-peranan yang dimilikinya. 
            Menurut Peter Berger, proses sosialisasi adalah suatu proses di mana seorang anak belajar menjadi seseorang anggota yang berprestasi dalam masyarakat. Manakala menurut Charlotte Buhler pula, ia adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup dan berfikir kelompoknya agar dia dapat berfungsi dalam kelompok.
            Menurut Koentjaraningrat pula, proses sosialisasi adalah merupakan proses belajar yang dialami individu sejak masa kanak-kanak sampai masa tuanya. Ia belajar tentang pola-pola tindakan dalam interaksi dengan segala macam individu sekeliling yang mengembangkan aneka peranan sosial yang ada dalam kehidupan sehari-hari.
            Manakala Charlotte Buhler mendefinisikan proses sosialisasi sebagai satu proses yang membantu individu-individu belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup dan berpikir kelompoknya agar dia dapat berperanan dan berfungsi dalam kelompoknya. Konsep tanggungjawab sosial pula sinonim dengan dunia perniagaan namun intinya boleh diasimilasikan dalam konteks kehidupan seharian atau proses manusia bersosial.
            Tambahan lagi, Richard L. Daft turut mendefinisikan tanggungjawab sosial korporat sebagai "kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi". Dalam kata lain, tanggungjawab sosial merujuk kepada tindakan yang perlu diambil untuk membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat.
            Terdapat beberapa teori mengenai bagaimana manusia belajar dan menanggapi perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Salah satu daripadanya ialah Teori Permodelan Bandura yang secara ringkasnya menyatakan bahawa manusia belajar melalui pemerhatian dan peniruan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka (Haliza Hamzah et al. 2008).
            Tuntasnya, penulis berpendapat bahawa Proses sosialisasi ini akan terjadi pada setiap individu dalam masyarakat. Oleh itu, nilai, sikap dan kemahiran yang dipelajari tidak akan hilang selagi proses ini berlaku. Contohnya seorang anak akan mewarisi apa yang dipelajari daripada ibu bapanya dan seterusnya bila sudah berkeluarga, mereka pula akan mengajar anak-anak mereka. Oleh itu, nilai, idea atau pola tingkah laku tidak akan hilang walaupun setelah beberapa generasi berlaku. Ia akan terus kekal dan secara tidak lansung menyatukan setiap individu menjadi satu masyarakat pada setiap generasi walaupun individu di dalam masyarakat berkenaan silih berganti. 
                Tingkah laku yang diingini oleh masyarakat boleh dikekalkan sekiranya sosialisasi sentiasa berlaku antara generasi selain daripada menyatukan setiap individu di dalam masyarakat berkenaan. Tanpa sosialisasi individu tidak akan dapat berinteraksi atau bekerja antara satu sama lain selain daripada kurang kawalan diri. Sosialisasi boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar. Proses sosialisasi boleh berlaku dalam tiga jenis. Pertama ialah sosialisasi jenis primer iaitu permulaan. Sosialisasi ini kebiasaannya berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Sosialisasi primer berlaku hanya pada seseorang individu dan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya. Sebagai contoh sosialisasi primer boleh berlaku antara bayi dan ibu bapanya. Hubungan antara mereka adalah rapat dan dikira hubungan primer. Sosialisasi primer biasanya berlaku sepanjang kanak-kanak berkenaan berumur 1 – 5 tahun iaitu sepanjang kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah dan hanya berada dalam jagaan keluarga. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarga. Keluarga juga akan melengkapkan keperluan asas bayi berkenaan.  
                 Sosialisasi akan sentiasa berlaku, selepas 5 tahun, kanak-kanak akan memulakan fasa persekolahan dan sebagainya, pada masa ini kanak-kanak akan melalui sosialisasi sekunder juga dikenali sebagai peringkat penyertaan. Peringkat ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak, ia juga berlaku kepada remaja dan individu dewasa. Pada peringkat sosialisasi sekunder, proses pengembangan konsep diri dan penerimaan konsep baru akan berlaku. Sepanjang proses ini berlaku akan ada perubahan dan penyesuaian yang terjadi kepada setiap individu. Pada peringkat ini, seseorang individu akan menyedari bahawa untuk diterima oleh masyarakat mereka perlu berkelakuan seperti yang diingini masyarakat dan juga bekerjasama dengan ahli masyarakat berkenaan.
Proses ini kebiasaannya terjadi apabila berlaku interaksi antara individu dan individu lain yang bukan ahli keluarganya. Sebagai contoh interaksi antara dua orang rakan sebaya di sekolah atau dua orang pekerja di dalam satu syarikat yang sama. Interaksi sehala seperti individu dan media massa juga adalah salah satu contoh sosialisasi sekunder. Sosialisasi sekunder sering berlaku seiring dengan sosialisasi primer. Hal ini kerana interaksi antara individu dan keluarga serta interaksi dengan bukan ahli keluarga sentiasa berlaku sepanjang hidup seseorang individu berkenaan.
Peringkat ketiga sosialisasi ialah peringkat resosialisasi. Peringkat ini, tidak semestinya berlaku pada semua individu kerana ia melibatkan perubahan secara drastik atau individu berkenaan terpaksa mengalami perubahan. Resosialisasi terjadi apabila seseorang individu berkenaan mempelajari sesuatu norma baru apabila individu berkenaan menjadi ahli kepada satu kelompok masyarakat yang baru atau apabila kehidupan individu berkenaan berubah. Contohnya, perubahan hidup individu kerana trauma atau mengadaptasi di dalam suasana persekitaran yang baru. Resosialisasi memberikan individu peluang untuk mempelajari norma, kemahiran atau nilai yang baru, namun perkara baru yang dipelajari boleh bertentangan dengan nilai dan kemahiran yang dipelajari sebelum ini.
Setiap individu sudah pasti akan melalui kesusahan dan kesenangan sepanjang melalui kehidupan ini. Namun begitu kesusahan perlu dilalui sebelum memperoleh kesenangan. Cara bagi setiap individu melalui kesusahan adalah berbeza, tetapi kesusahan akan lebih mudah dilalui apabila dibantu oleh individu lain. Apabila seorang individu membantu individu lain yang berada dalam kesusahan berlaku sosialisasi antara dua individu berkenaan. Contohnya, seorang guru baru mengalami kesukaran untuk mengajar suatu pengajaran kepada muridnya, sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan pelajar memahami apa yang disampaikan. Jesteru, guru tersebut perlu mencari penyelesaian untuk memudahkan pelajar berkenaan memahami mata pelajaran tersebut seperti meminta tunjuk ajar daripada guru yang lebih berpengalaman atau guru pakar. Situasi ini menunjukkan resosialisasi berlaku dengan guru baru tersebut dengan guru lama.
Pada pengalaman saya, saya pernah membantu orang dalam kesusahan. Saya pernah membantu orang yang tertagih dengan pil khayal pada tahun ini. Mohd Hazzlan (bukan nama sebenar), berumur 17 tahun dan masih lagi belajar di Tingkatan 5. Hazlan berjumpa dengan penulis dan memberitahu bahawa dia ingin belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak mampu kerana dia sudah tertagih dengan pil khayal. Dia berurusan dengan penulis atas dasar bahawa penulis adalah bakal guru dan mempunyai pendidikan. Dia beranggapan bahawa penulis mampu untuk membantunya. Penulis mengambil ini sebagai satu tanggungjawab untuk membantu individu yang berada di dalam kesusahan. Dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu, penulis mengambil alternatif dengan menjalankan ujian personaliti terhadap Hazlan. Ternyata, Hazlan betul-betul tertagih dengan satu pil khayal yang membolehkan dia lupa dan memori yang tersimpan akan terpadam sedikit demi sedikit. Dia juga akan bersikap agresif apabila tidak dapat menelan pil tersebut.Penulis juga berkesempatan untuk menyiasat latar belakang Hazlan. Hazlan adalah berasal dari keluarga yang porak-peranda dan ibu bapanya tidak mengambil endah tentang diri dan persekolahan dia. Cara penulis untuk membantu Hazlan adalah memberikan perhatian sepenuhnya kepada dia, menunjukkan rasa kasih sayang dan ambil berat, membawa dia beriadah dan mengadakan kelas insentif kepadanya pada sebelah malam. Langkah yang diambil oleh penulis ternyata berjaya dan Hazlan kini bersedia untuk menghadapi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November ini.
Pengalaman seterusnya, penulis juga pernah membantu seorang murid yang bernama Reynaldo Edullantes Junior ketika berpraktikum di SK Jaya Baru, Keningau. Junior masih belajar di Tahun 6 dan bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Masalah yang dihadapi murid ini adalah suka membuli, minat untuk belajar kurang dan tidak suka dengan peraturan sekolah. Penulis amat tertarik dengan personaliti agresif murid tersebut dan menganggap hal ini adalah tanggungjawab kepada penulis sebagai seorang guru kerana memang tugas guru untuk membentuk nilai yang positif di dalam diri murid-murid. Langkah yang pertama yang penulis ambil adalah berjumpa dengan guru kaunseling dan meminta beliau berkongsi sedikit tentang tingkah laku dan masalah yang telah dilakukan oleh Junior. Seterusnya penulis sempat menjalankan ujian personaliti warna terhadapnya dan jawapannya adalah Jingga. Penulis juga berhubung dengan kaunselor di Universiti Malaysia, Sabah, (nama dirahsiakan) untuk berkongsi tentang masalah ini dan meminta pandangan daripada beliau. Sedikit demi sedikit penulis cuba untuk membantu murid ini. Untuk pengetahuan juga, Junior memang berniat untuk berhenti sekolah, namun keberadaan saya menyebabkan niatnya terbatal dan hal ini kerana penulis sentiasa memberi perhatian dan perihatin akan masalah yang dihadapinya. Akhirnya Junior berjaya menduduki UPSR dan sekarang tengah menunggu keputusannya.
Secara peribadi juga, semasa kita membantu orang dalam kesusahan, kita telah mengaitkan proses sosialisasi secara tidak langsung. Tujuan proses sosialisasi adalah dapat memberikan kita keterampilan dan pengetahuan yang diperlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan di tengah-tengah masyarakat. Contohnya, dapat menyesuaikan diri dengan cuba untuk memahami kehidupan masyarakat yang berada di persekitaran kita seperti jiran tetangga atau rakan-rakan. Dalam kes ini, proses sosialisasi berlangsung dalam medium masyarakat setempat dan unsur kepercayaan antara satu sama lain telah wujud sekaligus memudahkan proses individu untuk berinteraksi. Penulis merasakan bahawa seseorang perlu menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk membantu individu yang terlibat. Secara tidak langsung, kedua-dua pihak dapat memperbaiki dan mengasah kemahiran bersosial disamping membantu dalam pembentukan ahli masyarakat yang saling berinteraksi.

Doa Seorang Sahabat




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia sahabatku, tercipta untuk diriku
Khabarkan hatinya untuk menerima siapa aku
Titipkanlah kebahagiaan.

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala takdir bagiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Sahabat yang jujur
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke jalan yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersama sahabatku
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya...


(Buat Semua Sahabat...Yang Mengenali Diri Ini... Terutamanya Arwah Rudy Bin Roslan)

Wednesday, 19 June 2013

Cikgu Chomel : Bapa, Kau lah Segalanya Bagiku...


       Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT. Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 

      Dalam hal ini, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik. Rasulullah SAW menjelaskan aspek pergaulan dan kasih sayang adalah intipati kebahagiaan sesebuah keluarga. Oleh itu Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap bapa sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarganya. 

     Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

  Cikgu Chomel mempunyai seorang bapa yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah dan merupakan anak sulung daripada 9 orang adik-beradik. Mendapat pelajaran yang pertama di SK Abg Galau, Rajang, Sarawak dan melanjutkan pelajaran di SMK Sungai Paoh, Sarikei, Sarawak. Nama diberi ialah Muhammad Marzidi Bin Ahmad dan dikenali sebagai Iskandar.

      Sejak zaman persekolahan lagi, Iskandar terpaksa bekerja keras untuk dirinya dan keluarga. Antara pekerjaan yang beliau lakukan pada setiap hujung minggu adalah menangkap ikan, mengutip hasil lada hitam, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi beliau adalah anak sulung, maka tanggungjawab ini perlu dilakukan untuk membantu keluarga. Dari segi pendidikan pula, beliau memang tidak dapat berpeluang mendapat pendidikan yang sempurna atas dasar tanggungjawab yang dipikul. 

      18.November 1990, adalah salah satu tarikh yang amat bermakna bagi beliau. Tanggungjawab terhadap keluarga ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai suami. Beliau sememangnya seorang yang sangat rajin, tekun, dan penyabar orangnya. Pekerjaan sebagai buruh di kilang kayu sangat mencabar dengan punca pendapatan yang amat sedikit. Selepas itu, dikurniakan anak lelaki sulung iaitu Cikgu Chomel. Cikgu Chomel dijaga oleh ibu ketika bapa pergi bekerja. Namun, ibu memberitahu Cikgu Chomel bahawa setiap kali bapa pergi bekerja, Cikgu Chomel akan menangis kerana ingin mengikuti beliau. Pengorbanan bapa semakin terserlah apabila munculnya jiran sebelah rumah dan kehidupan mereka agak senang. Cikgu Chomel selalu menangis ketika kecil kerana ingin makan sosej dan burger seperti anak jiran sebelah. Gaji bapa ketika itu hanya RM180 sebulan dan jika ingin membeli barang keperluan terpaksa menggunakan perahu atau bot ke Sarikei yang memakan masa beberapa jam. Ibu dan bapa ketika itu mengelinang air mata apabila anaknya ini ingin makan dan mereka tidak dapat memberikannya. Hanya mereka sahaja yang tahu akan kesedihan dan kepayahan ketika itu. Cikgu Chomel seorang kanak-kanak ketika itu tidak tahu akan keperitan yang dihadapi oleh kedua-dua orang tua ini. Jika Cikgu Chomel tahu, tidak akan menyusahkan mereka untuk meminta segala yang tidak dapat mereka tunaikan kerana itu akan menambah kesusahan kepada mereka. 

          Kehidupan mula berubah apabila bapa membuat keputusan untuk berpindah ke Sarikei dan menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan. Keluarga ibu agak senang dan ibubapanya memang aktif dalam perniagaan. Bapa belajar daripada datuk cara berniaga dengan betul dan menguntungkan. Alhamdulillah.. Sehingga kini bapa masih seorang "bussinessman". Kehidupan Cikgu Chomel dan adik beradik sekarang tidaklah senang sangat dan tidaklah susah sangat. Sederhana. 

                 Antara kata-kata bapa yang tidak dapat dilupakan adalah, " Bapa sanggup bekerja keras, berpanas dan berhujan cari duit untuk anak demi kesenangan mereka dan mendapat pendidikan yang sempurna dan tidak seperti dirinya dulu ".  

            Cikgu Chomel sayang bapa dan sebab bapalah Cikgu Chomel hidup senang dan mampu berdiri sendiri pada hari ini. Namun, pengorbanannya amat besar. Terima Kasih Bapa.. Semoga panjang umur, dirahmati oleh Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki. AMIN..